MalayEnglish (UK)

Seminar SASSREC 1 : Sempadan & Keselamatan Sabah

Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC) UMS, telah menganjurkan Seminar Sempadan dan Keselamatan Negeri Sabah pada 25-26 Februari 2015 di Dewan Bankuansi, Dewan Canselor UMS dan Auditorium UMS. Pada acara ini Ucaptama telah disampaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut merupakan Profesor Adjung SASSREC, UMS. Penganjuran seminar ini merupakan satu usaha murni ke arah memberi pemahaman yang jelas dan terperinci berkaitan persoalan sempadan dan keselamatan khususnya di Sabah selepas insiden berdarah di Lahad Datu pada tahun 2013. Seminar ini akan memfokuskan kepada perbahasan yang meliputi isu berkait persoalan keselamatan yang ditampilkan dari pelbagai persepektif oleh ahli akademik UMS.Selain Ketua Polis Negara seminar ini turut melibatkan 16 ahli akademik yang akan membentangkan kertas kerja dan hasil dapatan penyelidikan berkenaan isu keselamatan persempadanan, migrasi penduduk, interaksi sosial, kepulauan, perairan, politik dan pengurusan konfilik.Seminar ini  turut berkongsi idea dan saranan dengan masyarakat khususnya di Sabah berkaitan dengan isu-isu keselamatan dan sempadan dan oleh itu seminar telah dijalan secara terbuka kepada orang awam.

Berikut adalah tajuk-tajuk dan tentatif yang telah di utarakan dalam seminar tersebut.

Rabu 25 Febuari 2015 (Hari Pertama)

Masa

Acara

8.30 – 11.30 pagi

Majlis & Upacara Perasmian oleh Y.B. Dato’ Sri Anifah Hj Aman, Menteri Luar  Malaysia; dan

Ucaptama oleh YDH IGP Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara.

2.00 – 5.00 pm

Tema Khas: Sabah & Persekutuan Malaysia

Moderator: Y.B. Dato’ Sri Anifah Hj Aman

  1. Formation of Malaysia
  2. The Malaysia Agreement 1963
  3. Autonomy
  4. The 20 Points Deception
  5. The Native Unveil

Khamis 26 Febuari 2015 (Hari Kedua)

8.00 – 10.00 pagi

Tema 1: Alam Sosial Sabah

Moderator: Prof Madya Dr Rosazman Hussin

  1. En Baszley Bee Basrah Bee – Warisan Sabah
  2. Prof Madya Dr Ismail Ali – Pengurusan Pulau-Pulau Kecil Sabah
  3. Prof Madya Dr Kntayya Mariappan – Etnik & Keselamatan Sabah
  4. Prof Madya Dr Sarjit Singh – Etnik Minoriti Sabah
  5. En Wan Shawaluddin Wan Hassan – Keberkesanan ESSCOM dalam menjaga keselamatan Sabah: Kajian kes terhadap persepsi masyarakat awam di daerah Tawau
  6. Pn Salmie Jemon – Keselamatan Sosial Sabah

Perbincangan dan soal jawab

11.00 – 1.00 Tgh

Tema 2: Identiti dan budaya sempadan

Moderator: Dr Zaini Othman

  1. Pn Ramlah Daud – Identiti & Komuniti Sempadan: Kajian P.Sebatik
  2. Dr. Marsitah Mohd Radzi – Kebergantungan ekonomi dan keharmonian penduduk sempadan Kajian kes terhadap persepsi penduduk di Bandar Tawau.
  3. Dr. Ayesha UY Abu Bakar  – Interaksi Sosial Sabah-Mindanao dan kesannya ke atas keselamatan Sabah.
  4. Dr Dayang Suria Hj Mulia – Migrasi dan identiti di Sabah
  5. Prof Madya Dr Nidzam Sulaiman – Politik & Keselamatan Sabah: Isu Federalisme

Perbincangan dan soal jawab

2.00 – 5.00 petang

Tema 3: Peraturan dan undang-undang sempadan

Moderator: Dr Marshitah Mohd Radzi

  1. En. Ramli Dollah – Pembangunan Fizikal Sempadan Dan Keselamatan Nasional:Perbandingan Masyarakat Sempadan Di Felda Sahabat (Lahad Datu) Dan Pulau Sebatik (Tawau)
  2. En Ruji Ubi – ESSCOM & Persoalan Keselamatan Sabah
  3. Prof Kamaruzaman Askandar – Pengurusan Konflik Sempadan Sabah
  4. Tn Hj Mustapa Abd Talip – Keselamatan Sempadan Sabah Perspektif GIS
    1. Prof Madya Dr Rasid Hj Mail – Aktiviti Penyeludupan di sempadan Sabah        

Perbincangan dan soal jawab