MalayEnglish (UK)

SASSREC Latest Events

No events

Lawatan Kementerian Pertahanan Malaysia ke SASSREC

Pada 22 April 2016, Pusat Kajian Strategik & Keselamatan Sabah UMS telah menerima lawatan daripada Kementerian Pertahanan Malaysia. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengetahui lenih lanjut mengenai SASSREC, bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan semasa Sabah khususnya di kawasan ESSZONE dan Laut China Selatan. Selain itu perbincangan kedua-dua pihak turut melibatkan peluang kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan SASSREC,UMS pada masa akan datang. Pada pertemuan ini Kementerian Pertahanan diwakili oleh Encik Ahmad Azhan Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Encik Sahipulhijaiman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dan Pengarah Traditional Military Affair (TMA) Kept Yeow Ho Siong dari Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS).