



|
SEKOLAH PERTANIAN LESTARI |
|
Pertanian Suatu Perniagaan |
|
Syarat Kemasukan |
Peraturan-Peraturan Pengajian Prasiswazah
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 33(2) Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah 1998, Senat Universiti Malaysia Sabah membuat peraturan berikut: Bahagian I
PERMULAAN 1.1 Peraturan ini dinamakan peraturan Universiti Malaysia Sabah sebagai (Peraturan-Peraturan Pengajian Prasiswazah) 1998 dan hendaklah berkuatkuasa pada 01 Julai 1996. 1.2 Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang mula mengikuti sesuatu program yang mengurniakan suatu ijazah selepas tarikh peraturan ini mula berkuatkuasa. Bahagian II
SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2.1 Keperluan Pelajaran Asas 2.1.1 Sijil Pelajaran Malaysia 2.1.1.1 Calon mestilah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik; 2.1.1.2 Calon mestilah lulus dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu 2.1.1.3 Pengecualian terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SPM boleh dibuat oleh Senat dalam kes-kes tertentu (Pindaan Senat 2/2003). dan 2.1.2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau yang setaraf 2.1.2.1 Calon mestilah lulus dengan sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) mata pelajaran Pengajian Am; dan gred C (NGMP 2.0) dua (2) mata pelajaran lain. (Pindaan Senat 3/2004) 2.1.2.2 Bagi calon-calon ke program Doktor Perubatan, calon hendaklah lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran Sains serta lulus Pengajian Am/Kertas Am dengan sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) (Pindaan Senat 2/2004) atau 2.1.3 Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2.1.3.1 Calon lulus program Matrikulasi kementerian Pendidikan Malaysia atau 2.1.4 Kelayakan Lain 2.1.4.1 Kelayakan lain boleh dipertimbangkan tertakluk kepada keputusan Senat; dan 2.1.5 Mengambil Malaysia Universiti English Test (MUET) 2.1.5.1 Calon Mestilah mengambil Malaysia Universiti English Test (MUET) 2.1.5.2 Senat boleh membuat apa-apa syarat gantian berkenaan perkara 2.1.5.1 (Pindaan Senat 2/2003) 2.2 Syarat Kemasukan yang lain Calon mestilah juga: 2.2.1 Mengambil apa-apa ujian serta menghadiri temuduga seperti yang ditentukan oleh Senat untuk menilai kelayakan mereka mengikut program pengajian di Universiti. 2.2.2 Menunjukkan bukti dalam borang yang disediakan olreh Universiti bahawa mereka adalah cukup sihat untuk mengikuti program pengajian di Universiti dan; 2.2.3 Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa. 2.3 Penerimaan masuk calon ke Sekolah bergantung kepada budi bicara Senat. 2.4 Pengagihan calon ke program pengajian adalah ditetapkan mengikuti budi bicara Senat walaupun calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Bahagian ini. |