BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

HARI ASPIRASI UNIT SPOR 2015

 

Pada jam 10 pagi ini, (28 April 2015), SPOR telah mengadakan satu majlis anugerah, Hari Aspirasi, untuk memberi motivasi kepada mereka yang telah bekerjasama dengan unit SPOR agar meneruskan kerja keras mereka memandangkan kami semua berusaha untuk menjadikan SPOR sebagai pusat antarabangsa bagi penyelidikan minyak sawit. Majlis ini membuka peluang kepada para penyelidik bersekutu serta para pelajar yang telah memberikan sumbangan kepada unit untuk berkumpul dan diiktiraf.

Kami berpeluang untuk mendengar ucapan perasmian daripada Naib Canselor, YBhg. Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir, kerana ini merupakan peluang kami untuk merakamkan penghargaan kami kepada para penyelidik bersama dan para pelajar yang bekerjasama dengan SPOR. Majlis bermula dengan ucapan kata-kata aluan daripada Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam, Prof. Madya Dr. Baba Musta, diikuti dengan ucapan perasmian daripada Naib Canselor YBhg. Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah. Selepas jamuan ringan, anugerah telah disampaikan oleh Naib Canselor kepada para penerima termasuklah penyelidik bersama dan para pelajar.