BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PENGESANAN AWAL GANODERMA BONINENSE MENGGUNAKAN LAPISAN NIPIS KROMATOGRAFI (BENGKEL KE- DUA)

 

Pada 22 September 2015, satu bengkel telah berjaya dijalankan oleh kumpulan daripada Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari (SPOR), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), UMS. Pada waktu pagi, peserta daripada luar negeri serta dalam negeri tiba di bilik seminar, FSSA dan telah disambut dengan ucapan alu-aluan daripada dekan FSSA, Profesor Dr. Baba Musta. Selepas jamuan ringan yang telah disediakan oleh SPOR, dua ceramah mengenai topik Ganoderma Boninense pada kelapa sawit telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Chong Khim Phin. Para peserta turut terlibat dalam kuliah tersebut, bertanyakan soalan dan mengadakan perbincangan mengenai isu-isu serta pelbagai kaedah dan juga teknik.  GanokitTM telah diperkenalkan kepada para peserta, iaitu merupakan tujuan utama bengkel tersebut. GanokitTM merupakan satu alat kit yang dicipta oleh SPOR untuk mengesan kehadiran G.boninense pada kelapa sawit sebelum simptom-simptom visual kelihatan.

Selepas dua jam ceramah, para peserta dijemput untuk berehat apabila mereka dihidangkan dengan  makan tengahari. Masa rehat yang diperlukan ini, menggalakan para peserta untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan mengambil kesempatan untuk melihat kecantikkan kampus UMS. Setelah selesai makan tengahari, para peserta dibawa ke ladang makmal didalam UMS, dimana mereka telah diajar cara untuk menggunakan GanokitTM. Kit versi bengkel telah disediakan untuk para peserta, dan kumpulan yang membantu untuk membuat kit tersebut turut hadir untuk mendemonstrasikan cara untuk menggunakan kit di ladang tanaman. Demonstrasi dijalankan di luar, iaitu di ladang untuk menyamakan keadaan yang sama seperti di ladang tanaman.


Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan bengkel ini dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir !