BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PENGENALAN

Berdasarkan visi untuk mewujudkan satu pusat rujukan untuk penyelidikan berkaitan kelapa sawit di Sabah, YBhg Datuk Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah bersama-sama dengan sekumpulan penyelidik telah mewujudkan SPOR pada tahun 2013. SPOR terdiri dari sekumpulan Saintis yang bertekad ke arah penyelidikan yang cemerlang dengan menekankan kepentingan kerjasama industri untuk mendekatkan jurang antara keperluan dan hasil penyelidikan. SPOR juga menekankan kepentingan dalam mengintegrasikan kerjasama antara industri dengan penyelidikan bersifat akademik dalam menjana pengetahuan baru. SPOR bertekad akan menjadi pusat rujukan perbincangan dan penyelidikan di Sabah untuk isu-isu berkaitan kelapa sawit.