arrow-upaarrow-down  w3c|sitemap|help 

Postgraduate

Kebanggaan SPPS adalah dalam pengendalian program pengajian pascasiswazah yang terbesar dan pelbagai di UMS.  Dengan kemasukan pelajar melebihi tiga ratus orang, SPPS bergiat untuk menjadi peneraju dalam pengajian pascasiswazah.  Pada masa ini, SPPS menawarkan dua mod pengajian pascasiswazah iaitu melalui kerja kursus dan penyelidikan.

Pengajian Pascasiswazah (Kerja Kursus)

Terdapat dua program yang ditawarkan melalui mod kerja kursus separuh masa iaitu:

  • Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
  • Sarjana Pendidikan (TESL)A
  • Sarjana Pendidikan (Komputer dalam Pendidikan)
  • Sarjana Pendidikan (Sains)
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
  • Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Rekabentuk)

 

Pengajian Pascasiswazah (Penyelidikan)

Pengajian pascasiswazah dalam mod penyelidikan ditawarkan dalam kedua-dua tahap Sarjana dan PhD secara separuh masa atau sepenuh masa.

Pelajar yang mengikuti program pascasiswazah penyelidikan ini akan dijuruskan ke dalam bidang-bidang seperti:

  • Pendidikan Guru
  • Kurikulum
  • Pengurusan Pendidikan
  • Pembangunan Organisasi dalam Pendidikan
  • Sosiologi Pendidikan
  • Psikologi Pendidikan
  • Pendidikan dalam Sains/Sains Sosial/Ekonomi/Bahasa Inggeris
  • Sains Sukan

 

Keperluan Kelayakan

Kemasukan dalam program Sarjana (kerja kursus dan penyelidikan), seseorang calon perlu mempunyai Sarjana Muda dengan Kepujian  dan Diploma/Sijil perguruan ataupun Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang berkaitan dengan bidang daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.

Bagi kemasukan program PhD (secara penyelidikan), calon mesti mempunyai Ijazah Sarjana Pendidikan yang berkaitan dengan bidang daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.

Penganugerahan Ijazah

Pelajar yang mengikut program Sarjana mod kerja kursus perlu menlengkapkan kursus dan lulus 40 jam kredit termasuk disertasi.

Bagi pelajar Sarjana mod penyelidikan, pelajar perlu menyiapkan satu tesis dan lulus daripada pemeriksaan dalam dan luar.

Tempoh Masa Pengajian

Kerja Kursus (separuh masa) : 2-4 tahun (tidak melebihi 8 semester)

Maklumat Pengajian

Kerja Kursus hanya dilaksanakan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) sahaja.  Kuliah untuk setiap kursus 56J untuk satu semester. Setiap semester akan ditawarkan 2 kursus yang mempunyai 4J kredit untuk satu kursus. Pelajar perlu melaksanakan kerja kursus dan mengikuti peperiksaan setiap semester. Pembentangan kertas kerja disertasi akan dilaksanakan pada semester 3 dan menghantar disertasi lengkap pada semester 4.  Secara keseluruhan, terdapat 4 semester yang perlu dilalui oleh pelajar.

Hebahan

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday40
mod_vvisit_counterYesterday66
mod_vvisit_counterThis week288
mod_vvisit_counterLast week480
mod_vvisit_counterThis month1889
mod_vvisit_counterLast month2926
mod_vvisit_counterAll days28405