CAPAIAN PANTAS STAF

 

ssoemboss

smpemboss

hremboss

mycpdemboss

emelstafemboss

ecutiemboss

smartumsemboss

elnptakademikemboss

elnptbknakademikemboss

Kota Kinabalu Malaysia

Online Visitor

Kami ada 1 tamu online

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PROGRAM AKADEMIK KE SEKOLAH PENGAJIAN SENI

 

SEKOLAH PENGAJIAN SENI

(STPM)

Bil

(i)        Program Pengajian

(ii)       Kod

(iii)      Tempoh Pengajian

Kelayakan Minimum

 

 

SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.
dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
    dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

 



1

PENGAJIAN SENI MUZIK# 

HA05

06 Semester

 

 MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;  

Dan

Mendapat sekurang-kurang Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am diperingkat STPM.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan berikut:

  • •Berkebolehan menyanyi; atau
  • •Boleh bermain sekurang-kurangnya satu jenis alat Muzik Orkestra Barat (setara dengan gred 3 ABRSM atau LCM atau Trinity) atau alat muzik tradisional.

 Dan

Lulus Ujibakat dan Temuduga

 

 

 



2

PENGAJIAN SENI KREATIF (Tari/Teater/Penulisan)

HA11

06 Semester

 

 MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat  sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00)  di peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • •BahasaMalaysia/ Bahasa Melayu; atau
  • •Kesusasteraan Melayu

Atau     

Mendapat  sekurang-kurangnya kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • •BahasaMalaysia/ Bahasa Melayu; atau
  • •Kesusasteraan Melayu

 Dan

Lulus Ujibakat dan Temuduga

 

 



3

TEKNOLOGI SENI VISUAL# 

HA32

06 Semester

 

 MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Mendapat  sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00)  di peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

  • •Seni Visual

Dan

Lulus Ujibakat dan Temuduga

 

 

(Diploma)

Bil

(i)        Program Pengajian

(ii)       Kod

(iii)      Tempoh Pengajian

Kelayakan Minimum

 

 

SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2009 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2008 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

dan

Menyertakan dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti:-

  • •Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;
  • •Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
  • •Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa/Surat Akuan Sumpah (Jika hilang)
  • •Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
  • •Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
  • •Salinan Sijil STPM/Setaraf;dan
  • •Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
  • •Salinan Diploma/Sijil (Jika ada)
  • •Salinan sijil MUET;
  • •Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian;dan
  • •Salinan Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada)

 

 



1

PENGAJIAN SENI MUZIK# 

HA05

06 Semester

 

 MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Memiliki Diploma dalam bidang Seni Muzik atau dari institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah; 

 Dan

Lulus Ujibakat dan Temuduga

 

 



2

PENGAJIAN SENI KREATIF 

HA11

06 Semester

 

 MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah.

 

 



3

TEKNOLOGI SENI VISUAL# 

HA32

06 Semester

 

 MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

Memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Senat Universiti Malaysia Sabah; 

                                                    Dan

Lulus Ujibakat dan Temuduga