Malam AIMS SSMP 2011

SSMP AIMS Night 2011

 

Gambar 1 

 

Malam Anugerah Ikatan Mesra atau ringkasnya AIMS Night adalah majlis tradisi yang dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (PMSSMP). Bagi tahun 2011, AIMS Night telah diadakan pada 9Disember yang lepas bertempat di Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran. Majlis ini merupakan satu majlis makan malam antara mahasiswa/i SSMP dengan Ahli Akademik, Staff Saintifik dan juga Staff Petadbiran SSMP.

Picture1 Picture10

 

Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dan ikatan ukhuwah di kalangan warga SSMP di samping meraikan para bakal graduan SSMP. Pada masa yang sama, ianya menjadi platform kepada pelajar-pelajar SSMP untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam bentuk persembahan nyanyian, tarian, sketsa, dan lakonan. Di samping itu, di kesempatan majlis ini juga pelajar-pelajar yang lulus cemerlang (PNGS ≥ 3.50) pada setiap semester, dianugerahkan Sijil Dekan bagi merangsangkan lagi semangat belajar di kalangan mahasiswa/i SSMP.Pada tahun ini, seramai 17 orang pelajar tahun dua, 2 orang pelajar tahun tiga serta 18 orang pelajar tahun empat telah menerima Anugerah Sijil Dekan bagi Semester I dan II Sesi Akademik 2010/2011.

 

Picture16 Picture8 

 

AIMS Night bagi tahun 2011 berkonsepkan Blast from the Past– 80‘s.Tema ini dibentuk bagi mewujudkan suasana makan malam yang gembira dan memberi peluang kepada semua hadirin untuk menikmati makan malam dalam suasana 1980-an yang menyeronokkan dan rancak. Pada tahun ini, PMSSMP telah menjemput Y. Bhg. ACP (K) Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kasim B. Hj. Md. Mansur, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk bersama-sama menikmati makan-malam dan persembahan oleh mahasiswa/i SSMP. Majlis makan mala mini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. ACP (K) Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kasim B. Hj. Md. Mansur, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) diiringi oleh Yg. Brs. Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani, Dekan SSMP, Yg. Brs. Dr. Lee Jau Shya, Timb. Dekan (Penyelidikan & Inovasi), SSMP dan Dr. Mohd Rosni Sulaiman, Timb. Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), SSMP. Secara keseluruhan, seramai 183 orang pelajar SSMP dan 35 orang warga SSMP telah menghadiri majlis tersebut.

 

Picture12 Picture13

 

Majlis dimulakan denganucapan Ketua Pengarah AIMS Night 2011, saudari Cheng Yee Theng, diikuti oleh Dekan SSMP, Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani dan diteruskan dengan ucapan oleh TNC HEPA, Y. Brs. ACP (K) Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kasim B. Hj. Md. Mansur. Seterusnya hadirin dihiburkan dengan persembahan drama muzikal yang berunsur 1980-an di samping menikmati hidangan makan malam. Lagu-lagu dan tarian yang terkenal pada zaman 1980-an juga telah dipersembahkan oleh para pelajar SSMP. Tidak ketinggalan, pemilihan “Prom King” dan “Prom Queen” berdasarkan pakaian pelajar yang menepati tema 1980-an juga dijalankan. Seramai 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan telah dipilih sebagai calon “Prom King” dan “Prom Queen”. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian terbanyak daripada semua hadirin.

 

Picture18

 

Lain-lain aktiviti yang disediakan ialah pembentangan aktiviti PMSSMP sepanjang 2011 disampaikan oleh saudara Cheah Wei Xin selaku Yang Di-Pertua PMSSMP, tayangan slide (montaj aktiviti pelajar SSMP) yang disediakan oleh pelajar Tahun 4 dan cabutan bertuah. Daripada hasil pembentangan aktiviti PMSSMP, didapati sebanyak 12 aktiviti pelajar telah dikendalikan oleh PMSSMP sepanjang tahun 2011. Manakala sebanyak 12 hadiah cabutan bertuah disediakan bagi semua hadirin dengan hadiah lumayan hamper bernilai RM100.00 yang dimenangi oleh salah seorang Pensyarah SSMP. Majlis telah bersurai pada jam 10.15 malam dan semoga aktiviti sedemikian rupa boleh diteruskan lagi di masa-masa mendatang.

 

Terakhir dikemaskini (Jumaat, 17 Mei 2013 08:01)