BENGKEL PENULISAN RESUME SSMP 2012

BENGKEL PENULISAN RESUME SSMP 2012

 

br1

 

Program ilmiah ini telah dijalankan pada 14 Oktober 2012 yang lalu dengan bertemakan ‘Selangkah ke Alam Kerjaya’. Tema Selangkah ke Alam Kerjaya dipilih kerana telah membawa maksud bahawa para siswa/i telah bersedia dengan lebih awal untuk menghadapi temuduga yang akan menentukan corak kerjaya dan masa hadapan mereka sendiri. Bengkel ini dapat meningkatkan keyakinan dan semangat siswa/i untuk terus berusaha menghadapi rintangan dan dugaan yang mendatang. Program ini telah melibatkan seramai 100 orang peserta yang berminat tentang kaedah penyediaan dan penulisan resume yang tepat dan berkesan. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.15 tengahari.

 

br2

            Bengkel Penulisan Resume ini telah dimulakan dengan ceramah oleh Cik Carrie Grace Jaymess tepat pada pukul 9.00 pagi. Beliau yang merupakan Pegawai Psikologi, dari Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya UMS telah menyampaikan ceramah berkenaan “Kaedah Menyediakan Resume” yang dapat menarik perhatian bakal-bakal majikan. Program ini diteruskan dengan sesi soal jawab di antara penceramah dan peserta dan telah mewujudkan komunikasi dua hala. Pada sesi soal jawab ini, penceramah telah menyemak contoh resume yang telah disediakn untuk memperbetulkan kesilapan yang kerap kali dilakukan oleh para pelajar dalam menyediakan resume yang baik.

 

br4

            Bengkel Penulisan Resume ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) SSMP, Dr. Mohd. Rosni bin Sulaiman. Majlis perasmian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bertekad Cemerlang serta bacaan doa. Pengarah program telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan mempersilakan perasmi untuk merasmikan program serta menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada Cik Carrie.

 

br3

            Majlis bersurai dengan jamuan makan tengahari dan para peserta telah dihantar pulang dengan bas yang telah disediakan oleh Unit Pengangkutan. Kesimpulannya, aktiviti ini amatlah berfaedah dan telah mendapat sambutan oleh para pelajar.

Terakhir dikemaskini (Isnin, 27 Januari 2014 07:45)