Latarbelakang
Kursi Kadazandusun ditubuhkan hasil
sumbangan daripada kerajaan Negeri Sabah kepada Universiti Malaysia
Sabah sebagai dorongan kepada para penyelidik sains sosial dan
kemanusiaan mengendalikan lebih banyak kajian-kajian ke atas
masyarakat asal, Kadazandusun di Sabah.
Visi
Mempertingkatkan dan mempromosi
pengetahuan tentang masyarakat Kadazandusun di Sabah, Malaysia
kepada seluruh masyarakat dunia.
Misi
Untuk membangun, mempromosi,
memartabatkan dan membimbing kajian terhadap budaya Kadazandusun di
Sabah dan seterusnya mendokumentasikan segala hasil penemuan untuk
rujukan di masa akan datang.
Objektif
Membimbing
kajian-kajian ke atas masyarakat Kadazandusun dan Dusun secara
konprehensif termasuklah masyarakat Murut, Patani dan mana-mana
etnik masyarakat asal di Negeri Sabah.
Menerbitkan
hasil kajian dalam bentuk ilmiah seperti buku, muzik, album, artikel
kertas konferensi, filem, pameran dan lain-lain bentuk penerbitan
multimedia.
Mempromosikan
hasil penemuan melalui penyelidikan samada di peringkat kebangsaan
mahupun di seminar, bengkel dan forum akademik yang lain di
peringkat antarabangsa, .
Mengusahakan
penghasilan audiovisual budaya masyarakat asal di Sabah berdasarkan
koleksi rekod kaset dan gambar fotografi para pengkaji. Penyimpaan
dokumen ini diuruskan oleh Kursi Kadazandusun, Universiti Malaysia
Sabah, dan juga salinan untuk simpanan di Muzium Sabah.
Mengembangkan
informasi dengan pengkaji akademik dan juga intitusi yang lain
berkongsi matlamat dan objektif.