UNIT ETNOGRAFI...

Unit ini mula beroperasi sejak tahun 2001, ditempatkan di Sekolah Sains Sosial. Matlamat khususnya ialah untuk mengendalikan penyelidikan dalam bidang Etnografi,  Pembangunan dan alam sekitar terutamanya di wilayah yang merangkumi Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan di Indonesia. Wilayah atau daerah ini mempunyai penduduk pelbagai etnik dan kekayaan unsur biodiversiti yang setakat ini masih belum diterokai sepenuhnya oleh para penyelidik. Sebagai sebuah unit yang berasaskan Sains Sosial, unit ini memberi fokus kepada pendekatan multi-disiplin dan oleh itu ia memanfaatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti Sejarah, Geografi, Hubungan Industri, Komunikasi dan Hubungan Antarabangsa. Ia juga menggalakkan penyelidikan bersama antara disiplin Sains Sosial dan Sains Biologi sama ada Biologi Marin atau Hutan Tropika dalam usaha memulihara alam semulajadi.

Selain daripada kegiatan penyelidikan, unit ini juga mengendalikan bengkel dan seminar yang merupakan sebahagian daripada usahanya untuk menyebarkan maklumat serta menggalakkan rangkaian perhubungan di antara pelajar dan pensyarah Universiti dengan pihak luar termasuk di peringkat antarabangsa. Di antara bidang yang kini diberikan tumpuan oleh unit ini termasuklah hubungan etnik dan pemetaan etnik ke atas penduduk di Sabah dan impak pembangunan ke atas alam persekitaran dan penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak .

Unit ini mengalu-alukan pihak lain yang berminat untuk menjadi rakan sekutunya bagi mengendalikan kerja-kerja penyelidikan.

Di antara kegiatan yang sedang dikendalikan :

1.Landuse Change, Local and Extra-Local Interest: A case Study of Customary Land in Tuaran. (Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke, Gaim James Lunkapis, Marja Azlima Omar,dan Syahruddin Awang Ahmad). A-007-05-ER/U17.

2.Customary Land and Development in Pulau Banggi, Kudat.

3.Community Participation in Wetlands Management at Salut Mengkabong. (Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke dan Syahruddin Awang Ahmad / The Environmental Action Committee, Sabah ).

4.In Situ Off Farm Work: Social Transformation of Small Holder Oil Palm Economies of Sabah and Sarawak . (Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke). UNESCO Participation Programme 2004-2005. 272 132 03 MAL

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi :

Ketua

Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan
Aras 2, Bangunan Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah
Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu Sabah, MALAYSIA.
Tel : (+)6088-320 000 samb. 1826 / 1803 (+)6088-320395 (Talian Terus)
Faks : (+)6088-320396