Biologi Pemuliharaan adalah satu disiplin profesional dalam sains tulen yang berkembang dengan pesat, namun penggunaannya kepada dunia sejagat baru bermula. Lahir atas kesedaran terhadap krisis biologi,Biologi Pemuliharaan adalah satu bidang pengetahuan yang melibatkan pelbagai bidang disiplin pengetahuan sains dan bukan sains(a multi-diciplinary programme)Alam hidupan terbahagi kepada enam kingdom iaitu: Arkaebakteria, Eubakteria, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.

Keenam-enam kingdom ini adalah merupakan komponen hidupan dalam sesuatu ekosistem. Kesemuanya wujud dalam keadaan yang harmoni dan seimbang secara semulajadi.Namun gangguan secara langsung atau tidak langsung oleh aktiviti manusia atau hidupan ke atas mana-mana komponen kingdom hidupan ini baik dalaman atau luaran, timbullah pelbagai krisis biologi dalam sesuatu hatitat atau ekosistem.Untuk menghalang atau meminimumkan krisis biologi ini, manusia khususnya haruslah membuat inisiatif dan bekerjasama dengan proses-proses alam tabii dalam hal pencegahan dan pemuliharaan ke atas mana-mana ahli kingdom hidupan ini dari mengalami kepupusan atau menyebabkan kepupusan kepada organisma lain.

Oleh yang demikian, pendekatan pemuliharaan di sini lebih kepada pemuliharaan keseluruhan sesuatu habitat dan ekosistem yang melibatkan pelbagai jenis hidupan di situ. Seandainya penumpuan pemuliharaan dan pencegahan kepada satu atau dua jenis hidupan sahaja dalam suatu habitat,sudah tentu akan terjadi ketidakseimbangan populasi malah akan menyebabkan krisis biologi tadi lebih teruk lagi di habitat tersebut.

Untuk memulakan langkah-langkah pemuliharaan, seseorang itu terlebih dahulu telah mempunyai pengetahuan yang mantap tentang asas-asas hidupan seperti molekul, tenaga, sel dan genetik dan jenis-jenis hidupan.Ilmu-ilmu seperti ini diberikan di peringkat teras sekolah, sebagai Biologi Asas, yang wajib diambil oleh semua pelajar dari Program Biologi Pemuliharaan dan elektif bagi pelajar dari Program lain. 

Pengenalan kepada Biologi Pemuliharaan diberikan di Tahun 1 disamping beberapa kursus wajib yang lain. Pemahaman para pelajar tentang kepelbagaian atau diversiti mikrob, tumbuhan rendah dan tinggi ; dan haiwan invertebrata dan vertebrata dimantapkan lagi pada Tahun 1 dan  Tahun 2.Pada Tahun 2 juga para pelajar akan dididik bagaimana menyediakan penulisan saintifik dan memberi seminar dengan baik. Untuk tujuan analisis data dan merangka sesuatu projekpenyelidikan, pelajar juga pada Tahun 2 diajar melalui kursus Biometri dan Rekabentuk Eksperimen.Pengetahuan asas dan lanjutan tentang biogeografi, ekologi akuatik dan terestrial juga diajar pada Tahun 2.

Selanjutnya pada Tahun 3, para pelajar akan lebih menjurus kepada pelbagai aspek pengetahuan mendalam dalam Biologi Pemuliharaan seperti Pemonitoran Biologi, Pengurusan Pemuliharaan, Perosak dan Pemuliharaan, Pemuliharaan Genetik, Pemuliharaan Kawasan Lasah dan Akuatik, Pengurusan Hidupan Liar.Disamping mendalami aspek-aspek pemuliharaan secara teori, para pelajar juga diberikan latihan industri sekurang-kurangnya 10 minggu di lapangan. Pihak Universiti akan menentukan badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan yang sesuai untuk para pelajar dari Program ini untuk membuat latihan industri. Sepanjang latihan industri tersebut, pelajar akan dibimbing pensyarah-pensyarah dari Program ini bersama dengan penyelia-penyelia luar, dari sesuatu badan yang melatih pelajar berkenaan, yang diiktiraf oleh pihak Univesiti. Kemuncak penggajian seseorang pelajar di Program ini ialah melakukan satu projek ilmiah dalam sesuatuaspek di bawah penyeliaan seorang atau beberapa pensyarah.Projek ilmiah ini bukan saja memberikan peluang kepada pelajar mengimplementasikan semua teori yang telah dipelajarinya secara paraktis tetapi yang tersirat dalam proses melakukan penyelidikan ilmiah ini ialah melatih para pelajar berdisiplin dalam hal pengurusan masa, menilai hal-hal yang kristis, membuat sesuatu keputusan dan membina kematangan mental dan keilmuan pelajar tersebut.

Dari awal hingga akhir, hampir semua kursus Program Biologi Pemuliharaan memberikan pengetahuan kepada para pelajar kuliah-kuliah teori, amali dan kerjalapangan.

Setelah tamat pengajian dari Program ini, para graduan mempunyai peluang yang banyak dalam melanjutkan pengetahuannya dengan membuat pengkhususan di peringkat pascasiswazah atau berpeluang memulakan kareer dalam bidang yang memerlukan kemahiran dalam Biologi Pemuliharaan seperti ekologi, pengurusan ekosistem, pemilihan dan rekabentuk kawasan-kawasan terpelihara, perancangan habitat pemuliharaan, pemuliharaan kawasan lasah, pengurusan hidupan liar dan perhutanan, biologi dan ekologi lapangan, perancangan penggunaan tanah, pengurusan tanah, analisis kemandirian populasi, pembangunan dan perancangan habitat pemuliharaan, projek-projek pengurusan ekosistem, rekabentuk taman-taman hidupan, pendidikan pemuliharaan, perancangan penyelidikan dan penyediaan laporan tentang pemuliharaan.