Jaringan Pilihan
Selected Links
Tanya Dr. Kadus
Ask Dr. Kadus
Tahukah anda?
Do you know?
Sekolah Sains & Teknologi
School of Science & Technology
Universiti Malaysia Sabah
University of Malaysia Sabah
|
Maklumat dan Nota Kursus SF1063 - Optik dan Fizik Moden
(Semester 2 Tahun 2002/2003)
- Maklumat Pensyarah.
Nama Pensyarah: Dr. Jedol Dayou.
No. Pejabat: PT 91, Blok B Tingkat 2, Sekolah Sains dan Teknologi.
No. Tel: 088-320000 x 5785, 088-320355 (talian terus).
Email: jed@ums.edu.my
-
(dimuatkan pada 27hb. Jan 2003)
|
Tajuk Title: Pengenalan Kepada Fizik Cahaya ISBN 983-2643-03-1
Penulis Authors: Dr. Jedol Dayou
Penerbit Publisher: Universiti Malaysia Sabah
Harga Price: RM33.00 + postal charges
Klik gambar untuk dibesarkan Click on the picture to enlarge
|
- Tugasan.
- Tugasan akan dibuat secara berkumpulan dengan bilangan maksimum 5 orang dalam satu-satu kumpulan.
- Setiap kumpulan akan diketuai oleh seseorang yang dilantik (akan diberikan kemudian).
- Setiap pelajar adalah bertanggungjawab untuk memilih ketua kumpulan masing-masing.
- Tajuk tugasan akan dipilih secara rawak oleh ketua kumpulan kemudian.
- Tugasan mestilah dihantar seminggu sebelum minggu peperiksaan.
- SENARAI TUGASAN SF 1063 - OPTIK DAN FIZIK MODEN
Format tugasan dan pembahagian markah:
1. Pengenalan - 5 markah
2. Objektif - 5 markah
3. Teori - 25 markah
4. Cerapan bergambar - 30 markah
5. Penerangan cerapan bergambar - 20 markah
5. Kesimpulan - 5 markah
6. Rujukan. - 10 markah
Tajuk-tajuk tugasan dan kumpulan: (Dikemas kini pada 14/12/2002)
1. Gelombang air (K1 & K11)
2. Biasan cahaya (K2 & K12)
3. Dalam ketara (K3 & K13)
4. Pantulan dalam penuh (K4 & K14)
5. Pelangi semulajadi (K5 & K15)
6. Pelangi buatan (K6 & K16)
7. Logamaya (K7 & K17)
8. Inteferens buih sabun (K8 & K18)
9. Inteferens lapisan minyak di atas air (K9 & K19)
10. Inteferens lapisan nipis pada kanta kamera (K10 & K20)
Senarai buku yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan semasa membuat tugasan.(Dimuatkan pada 14/12/2002)
- Giancoli, D. C. 2000 (edisi ke-3). Physics for Scientists and Engineers. London: Prentice Hall International.
- Bueche, F. J. & Jerde, D. A. 1995 (edisi ke-6). Principles of Physics. New York: McGraw-Hill.
- Resnick, R. & Halliday, D. 1992. Fizik 2 (terjemahan Asiah Salleh). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Crummett, W. P. & Western, A. B. 1994. University Physics. WBC. USA.
- Bauche, F. J. 1986. Introductions to Physics For Scientists and Engineering. McGraw-Hill, New York.
- Halliday, D., Resnik, R. & Walker, J. 2001. Fundamental of Physics (edisi ke 6, edisi antarabangsa). New York: John Wiley & Sons.
Nota: Cerapan bergambar yang dihantar mestilah dibuktikan asli. Sila rujuk di sini untuk mendapatkan kumpulan masing-masing.
- Amali
Sila ambil maklum bahawa waktu amali untuk kursus ini hanyalah pada hari Selasa sahaja, pukul 2.00pm hingga 5.00pm. Masa amali lain adalah dibatalkan. Bagi sesiapa yang bermasalah dengan masa amali, sila berhubung dengan cik Dayang Masury binti Ahmad Saib di Pejabat Am SST. (dimuatkan pada 12/11/2002)
- Kumpulan Nota Kuliah
Nota: Sila maklumkan kepada saya jika terdapat kesilapan dalam nota berkenaan.
Bahagian I: Optik
Bab I: Pengenalan (dimuatkan pada 12/11/2002)
Bab 2: Rambatan cahaya I: Pantulan (dimuatkan pada 14/12/2002)
Bahagian II: Fizik Moden
Bab I: Teori Kerelatifan Khas (dimuatkan pada 14/12/2002)
Bab II: Teori Awal Mekanik Kuantum dan Keradioaktifan (dimuatkan pada 14/12/2002)
- Pembatalan Kuliah
Kuliah pada 27/11/2002, hari rabu adalah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum.
|
.
|