BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

PENGENALAN

Pusat Sukan UMS berperanan dalam membantu Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengendalikan semua aktiviti berbentuk sukan dan rekreasi di samping memberi perkhidmatan berkaitan kemudahan, pertandingan dan khidmat nasihat dalam bidang sukan. selain itu, Pusat Sukan juga berperanan membantu melaksanakan dan menjayakan Sukan Teras dan sukan berprestasi tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan sukan Negara.

 

VISI

Bertekad membangunkan budaya aktif dan cergas di kalangan warga Universiti dan melahirkan atlet yang bertaraf dunia.

 

MISI

Bertekad menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan latihan yang cemerlang dalam bidang sukan selaras dengan falsafah dan wawasan Universiti.

 

OBJEKTIF

  • Membantu dan menjayakan agenda sukan Negara
  • Meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar melalui aktiviti sukan.
  • Menggalakkan penglibatan dan pembudayaan sukan di kalangan warga Universiti.
  • Menyediakan kemudahan infrastuktur dan prasarana yang mencukupi bagi kemajuan sukan warga Universiti.
  • Meningkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran pelajar, pegawai, jurulatih dan pemimpin sukan.
  • Membentuk keperibadian kepimpinan melalui penglibatan dalam bidang sukan.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat di kalangan warga Universiti melalui kempen 'Gaya Hidup Cergas Warga Kampus Ceria'.
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan untuk pelajar dan kakitangan Universiti.
  • Menyediakan dan menyelaras kemudahan dan peralatan sukan bagi keperluan atlet dan warga Universiti.
  • Menyelaras program-program latihan sukan bagi penyertaan kontinjen UMS.
  • Menganjurkan seminar, klinik dan kursus dalam bidang sukan pada setiap tahun.