Bahasa MelayuEnglish (UK)

Objektif Kami

Objektif

a.            Menjadi pusat rujukan dalam penyelidikan, pengurusan dan pemuliharaan spesies primat bukan manusia di Borneo.

b.        Untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang asas dan gunaan primatologi dari molekul ke tahap populasi kepada pemahaman tentang ekosistem primat dan interaksi primat manusia-primat bukan manusia (human-non-human).

c.         Untuk membantu pembangunan dan memudahkan kemajuan bidang yang berasaskan penyelidikan primatologi dengan menyediakan kepakaran, kemudahan makmal dan sumber-sumber lain.

d.      Untuk mempromosikan dan melatih tenaga kerja yang mahir dalam bidang primatologi dan pemuliharaan primat melalui program-program penyelidikan/latihan jangka panjang dan pendek serta penyeliaan projek penyelidikan prasiswazah/pascasiswazah.

e.       Untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan primat bukan manusia melalui penyebaran pengetahuan dan penyelidikan maklumat primat bukan manusia (Primat informatik) untuk komuniti penyelidik, orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan/berkaitan melalui penerbitan saintifik dan bukan saintifik, mesyuarat, seminar, bengkel dan persidangan.