Bahasa MelayuEnglish (UK)

Siapa Kami?

Latar belakang penubuhan UPS-Borneo

 

Spesies primat bukan manusia menghadapi pelbagai ancaman di seluruh dunia dan di Borneo tidak terkecuali. Terdapat 13 spesies primat bukan manusia di Pulau Borneo, di mana 10 spesies ditemui dalam negeri Sabah, Malaysia iaitu di utara Borneo.

Berdasarkan pada kriteria IUCN untuk spesies terancam di peringkat global, tiga (3) daripada primat bukan manusia di Sabah dianggap sebagai "Terancam”:

  1. Orang utan, Pongo pygmaeus
  2. Monyet belanda, Nasalis larvatus
  3. Siamang, Hylobates muelleri

Empat (4) sebagai di kelaskan dalam kategori "Tahap Bahaya":

  1. Kongkang, Nycticebus coucang
  2. Kera hantu, Bancanus tarsius
  3. Hose’s langur atau Monyet kelabu, Presbytis hosei
  4. Beruk, Macaca nemestrina

Satu (1) "Hampir Terancam":

  1. Lotong Kelabu, Trachypithecus cristatus

Terdapat dua (2) lagi spesies yang dianggap sebagai "Risiko rendah":

  1. Maroon langur atau monyet daun Merah, Presbytis rubicunda
  2. Kera, Macaca fascicularis,

Namun begitu, tren global bagi saiz populasi dua spesies ini sedang berkurangan.

Dalam usaha memudahkan dan memajukan pengurusan pemuliharaan populasi semua spesies primat bukan manusia di Sabah, terdapat satu keperluan bagi maklumat seperti saiz populasi dan taburan, biologi asas dan ekologi, genetik populasi, dan juga maklumat mengenai ekosistem semula jadi dan interaksi primat bukan manusia.

Dengan matlamat untuk mempromosikan pemuliharaan semua spesies primat bukan manusia di hutan Sabah dan menyediakan data yang berguna untuk pengurusan pemuliharaan haiwan ini, Unit Kajian Primat Borneo telah ditubuhkan pada 1 Jun 2007.