Bahasa MelayuEnglish (UK)

KOMPONEN PENYELIDIKAN

Lima kelompok penyelidikan telah dikenal pasti sebagai tumpuan penyelidikan utama UPS-Borneo. Kelompok penyelidikan ini adalah sama ada asas atau aplikasi dalam alam semulajadi.

  • Genetik Primat
  • Perilaku Ekologi dan sosiobiologi
  • Kesihatan Primat
  • Penyakit Berjangkit dan Patologi
  • Pemantauan Populasi primat dan Pengurusan

Pada masa ini, disebabkan kekangan tenaga kerja UPS-Borneo berfungsi sebagai satu Kumpulan Penyelidikan yang terdiri daripada staf akademik yang sedia ada dalam ITBC, UMS bekerja secara bersama dengan ahli-ahli sains dan institusi antarabangsa yang berdedikasi untuk pemuliharaan primat.

Bagi mengelakkan penggandaan kerja-kerja organisasi lain, termasuk NGO, yang komited untuk spesifik pemuliharaan spesies primat di Sabah, UPS-Borneo memberi tumpuan kepada hanya tiga daripada kelompok yang dinyatakan di atas iaitu (1) genetik primat; (2) ekologi kelakuan dan sosio-biologi; dan (3) Pemantauan populasi primat dan pengurusan dan menumpukan perhatian kepada hanya tiga daripada spesies primat bukan manusia (atau kumpulan spesies) di Sabah sebagai keutamaan:

  • Monyet Bangkatan/Monyet Belanda
  • Primat Nokturnal
  • Monyet / Kera / Beruk