BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Objective

Objektif penubuhan PTJ E-Pembelajaran
1. Mentadbir, merancang, menyelaras dan memantau semua urusan e-pembelajaran UMS.
2. Menyelaraskan semua aktiviti wajib dalam CAP e-pembelajaran UMS untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan dalam Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN).
3. Meningkatkan literasi dan latihan kepada pensyarah, staf sokongan dan pelajar UMS berkaitan dengan e-pembelajaran.
4. Mengawal kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk semua kursus tawaran UMS dalam bentuk mod ODL (Open Distance Learning) di bawah konsep MOOC setaraf dengan spesifikasi seperti dalam dokumen-dokumen kelulusan di bawah MQA.
5. Menyediakan latihan tambahan kepada pensyarah UMS untuk membangunkan kandungan bahan pengajaran interaktif bersifat akses kendiri dalam bentuk Learning Objects yang menepati piawai SCORM (piawaian Learning Management System).
6. Mempelopori peluang-peluang penyelidikan dan inovasi (P & I) dalam bidang epembelajaran seperti geran penyelidikan dan penerbitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk membantu pencapaian KPI P & I universiti melalui International Journal on E-Learning Practices (IJELP) yang diluluskan oleh Y.Bhg. Datuk Naib Canselor pada bulan Ogos 2013.
7. Bertanggungjawab melaporkan perancangan, pemantauan & perlaksanaan epembelajaran kepada pihak pentadbiran tinggi universiti seperti JK Pepandu ICT UMS dan JK E-Pembelajaran UMS.