Aktiviti Penyelidikan 1

AKTIVITI PENYELIDIKAN UNIT KAJIAN BAHAN & MINERAL

Berikut adalah penyelidikan semasa Unit Kajian Bahan & Mineral bekerjasama dan Kumpulan Penyelidikan Bersama:-

Projek : Biomimetic Robotic Shark
Kumpulan Penyelidikan Biomekanik (BioMechanics Research Group)
Ketua projek : Prof. Dr. Yeo Kiam Beng @ Abdul Noor (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Penyelidik utama : Prof. Dr. Shahril Yusof, En. Chua Bih Lii, En. Kenneth Teo Tze Kin and En. Wong Wei Loong
Peranti autonomi dalam air yang mampu beroperasi dalam persekitaran cecair telah menjadi semakin popular apabila terdapat teknologi terkini yang sepadan dengan realiti. 
Walau bagaimanapun, persekitaran cecair dalan alam semula jadi adalah kompleks, dimana cara pergerakan, mekanisme keteguhan, kelajuan, tempoh operasi dan sistem kawalan 
masih menjadi cabaran utama. Trend semasa kerja-kerja penyelidikan ialah pengeksperimenan konsep inspirasi haiwan akuatik dalam peniruan cara semula jadi ikan berenang 
sebagai pilihan yang lebih mantap untuk aplikasi-aplikasi dalam air yang lebih dinamik dan berkesan.

 

 

 
Projek : Characterisation of Thermal Properties For The Rectangular Flat Membrane Module In Vacuum Membrane Distillation

 

Membrane Technology Research Group

Ketua projek : Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Penyelidik utama : Dr. Chiam Chel Ken (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Penyulingan membran adalah satu proses pemisahan di mana wap-wap air dapat dipisahkan melalui membran hidrofobik berliang dengan kesan penghabaan. Penyulingan membran mampu berdaya saing dengan teknologi pemisahan lain seperti penyahgaraman osmosis terbalik. Objektif projek ini adalah untuk menyelidik kesan pemindahan haba dalam modul membran segi empat tepat rata buatan sendiri dalam aplikasi penyulingan membran vakum.

                    
Projek : Optimization of Single Slope Solar Still To Desalinate Seawater For Hydrogen Harvesting Application

Thermal & Environmental Research Group

Ketua projek : Prof. Dr. Yeo Kiam Beng @ Abdul Noor (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Penyelidik utama : En. Kenneth Teo Tze Kin dan En. Ong Cheah Meng

Solar Still” cerun tunggal adalah alat penyulingan asas yang menggunakan sinaran cahaya matahari dalam penyulingan air bersih daripada air laut atau sumber air payau.   Kematangan teknologi “Solar Still” cerun tunggal boleh dijadikan satu pemprosesan air bersih terutama di kawasan luar bandar.   Tujuan projek ini adalah untuk menyedidik dan mengenapastikan parameter-parameter operasi yang optimum “Solar Still” cerun tunggal untuk penguapan air laut di bawah iklim Kota Kinabalu, Sabah, dan seterusnya mengoptimumkan prestasinya untuk pengumpulan air bersih atau dipratikkan dalam aplikasi penuaian gas hidrogen sebagai tenaga boleh diperbaharui.


 

 
Projek : Optimization of Solar Seaweed Dryer with Draft Enhancing Chimney

  Thermal & Environmental Research Group

Ketua projek : Prof. Madya Dr. Chu Chi Ming (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Penyelidik Utama : Prof. Madya Dr. Sivakumar Kumaresan, Dr. Abu Zahrim Yaser, Dr. Tham Heng Jin, Dr. Md Mizanur Rahman and En. Mohd Suffian Misaran @ Misran 

  Tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan kadar pengeringan rumpai laut dengan meningkatkan kadar aliran udara panas dengan proses perolakan semula jadi.   Demi mencapai objektif utama, kumpulan penyelidikan mereka cipta dan membangunkan sebuah   alat pengering matahari dengan cerobong.   Kesan dan efektif alat pengering matahari dengan cerobong ini dikaji dan dinilai dengan konfigurasi berbeza sehingah konfigurasi optimum cerobong dikenalpastikan. 

 

 

Untitled4

Rekabentuk Pengering Solar