Aktiviti Penyelidikan 2

    Projek : Optimization of Solar Seaweed Dryer with Draft Enhancing Chimney
  Thermal & Environmental Research Group
    Ketua projek        :     Prof. Madya Dr. Chu Chi Ming (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
    Penyelidik Utama :     Prof. Madya Dr. Sivakumar Kumaresan, Dr. Abu Zahrim Yaser, Dr. Tham Heng Jin, Dr. Md Mizanur 
                                      Rahman and En. Mohd Suffian Misaran @ Misran 

Tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan kadar pengeringan rumpai laut dengan meningkatkan kadar aliran udara panas dengan proses perolakan semula jadi.   Demi mencapai objektif utama, kumpulan penyelidikan mereka cipta dan membangunkan sebuah alat pengering matahari dengan cerobong.   Kesan dan efektif alat pengering matahari dengan cerobong ini dikaji dan dinilai dengan konfigurasi berbeza sehingah konfigurasi optimum cerobong dikenalpastikan.

 

 

Projek :   Synthesis of Pvdf/Nacl Membrane For Toxic Dissolved Gas Removal From Saline Water

Membrane Technology Research Group

Ketua Projek     : Professor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Peyelidik Utama : Dr. Chiam Chel Ken (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Air sisa dan bawah tanah terdapat sejumlah kandungan kecil sebatian organic yang boleh menyebabkan pencemaran. Jikalau terdapat pencemaran yang secara langsung, sebatian organic seperti trikloretilena, metanol, benzena, toluena, ammonia dan xylene adalah sebatian yang biasa dijumpai dan boleh menyebabkan gangguan terhadap kepada hidupan akuatik dan sistem persekitaran.   Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada pembangunan sintesis membran yang sesuai untuk menyingkir sebatian organic seperti ammonia dari kandungan air.   Percubaan penggunaan membran untuk penyingkiran gas adalah satu cabaran yang tinggi bidang sistesis membran.

Projek : Marine Propeller Cavitation Phenomena

Underwater Research Laboratory

Ketua Projek : Prof. Dr. Yeo. Kiam Beng @ Abdul Noor (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Penyelidik Utama : En. Choong Wai Hong dan Pn. Fadzlita Mohd Tamiri

Cavitasi adalah satu fenomena pembentukan nuklear, pembesaran dan letupan buih air dalam keadaan penuruan tekanan statik ke tekanan wap.   Cavitasi kipas kapal laut boleh terbentuk dalam beberapa pembentukan dan pembentukan ini adalah seperti kepingan buih di atas permukaan kipas, buih, awan, hujung dan hub vorteks.   Pembentukan cavitasi adalah dipengaruhi oleh peredaran halaju dan tekanan persekitaran kipas kapal laut.   Cavitasi kipas kapal laut adalah tidak boleh dielakkan, tetapi boleh dikurangkan untuk mennggurangkan kesan yang boleh memudaratkan persekitaran kipas kapal laut.

    Projek : GFRP Composite Marine Propeller Blade
    Advanced Composite Research Group)

Ketua projek : Prof. Dr. Yeo Kiam Beng @ Abdul Noor (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Penyelidik utama : En. Choong Wai Heng and En. Abdullah Mohd. Tahir

Logam adalah bahan utama dalam pembuatan kipas kapal laut.   Bahan logam adalah bahan yang kurang ketahanan kalisan terhadap bahan kimia dan persekitaran yang boleh mengakibatkan kekaratan serta hakisan, dan kos pembuatan yang tinggi.   Percubaan penggunaan bahan komposit gentian kaca sebagai bahan utama kipas kapal laut telah dijalankan.   Bilah kipas laut yang bersudut helix tinggi dan geometri komplex bahan komposit gentian kaca telah berjaya dihasilkan dengan menggunakan teknik laminasi helaian gentian kaca secara tangan dan acuan tertutup.   Kerja-kerja penyelidikan ini diteruskan dengan pengujian prestasi operasi dan kekuatan untuk mengenalpasti kebolehfungsian bahan komposit gentian kaca dalam pembuatan kipas kapal laut.  


 

 
    Projek : GPS Enabled Driver Alert System – DAS 

 
   Modelling, Simulation & Computing Laboratory (mscLab)
   Ketua Projek : En. Kenneth Teo Tze Kin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
   Penyelidik utama : Dr. Renee Chin Kai Yin dan En. Chua Bih Lii

GPS Enabled Driver Alert System (DAS), adalah sebuah alat yang menggalakkan pemanduan yang selamat melalui pemantauan cara pemanduan, tahap kebolehan pemanduan dan kesedaran semasa memandu. DAS adalah alatan kecil dan interaktif, serta dapat memahami tahap pemanduan pemandu melalui teknik gabungan data dan peranti penderiaan berasaskan aplikasi Android telefon pintar.   Tujuan utama prealatan ini adalah untuk menurunkan peratusan kemalangan semasa.