BahasaMelayuMalaysiaEnglish (UK)

Sekapur Sireh

Salam Sejahtera and Salam Satu Kampus, 

Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar (UPPLB)  adalah di bawah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. Tujuan utama penubuhan unit ini adalah untuk melaksanakan penyelidikan dalam pelbagai bidang pembangunan komuniti berkaitan pendidikan luar bandar, yang melibatkan kawasan pesisir pantai, kawasan pedalaman dan kawasan pergunungan.

Visi UPPLB bertekad menjadi sebuah unit penyelidikan berinovatif diiktiraf di peringkat antarabangsa.  Misinya pula adalah menjalankan dan menyokong penyelidikan pendidikan luar bandar yang menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara.

Bersesuaian dengan visi dan misi UPPLB, objektifnya pula adalah untuk (i) melaksanakan penyelidikan dalam pelbagai bidang pembangunan komuniti berkaitan pendidikan luar bandar (ii) menyediakan, mengurus dan menyebar informasi terkini mengenai isu komuniti dan pendidikan luar bandar bagi tujuan membuat keputusan, (iii) menganjurkan persidangan, seminar, dan bengkel dalam bidang pendidikan luar bandar, (iv) menyediakan khidmat nasihat kepada pihak luar yang berminat dan (v) mewujudkan hubungan kerjasama dengan universiti atau agensi yang berkaitan dengan pendidikan luar bandar sama ada dalam atau luar negara.

Sebahagian daripada bidang fokus UPPLB adalah dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan, Sosiologi Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Pengajian Kurikulum, Pendidikan Kekeluargaan, Pendidikan Sukan dan Kesihatan, Teknologi Pendidikan dan Kelestarian Pendidikan.

 

DR. CRISPINA GREGORY K HAN
Ketua Unit
Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah