MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DENGAN ZERO TB WORLD KOREA

altaltaltaltalt

Pada 25 hingga 27 Mei 2011 Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan lawatan ke Seoul, Korea.Tujuan lawatan ini adalah untuk mewujudkan jaringan kerjasama di antara Zero TB World dengan Universiti Malaysia Sabah bagi projek pengurusan Tuberculosis.Lawatan tiga hari itu telah disertai oleh sembilan orang delegasi UMS terdiri daripada Y.Bhg Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh (Pengerusi, Lembaga Pengarah),Y.Bhg Puan Sri Zainab Aman, Yg. Bhg Jen Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Haji Ampon ( Naib Canselor), Prof Dr Osman Ali (Dekan Sekolah Perubatan), Prof Dr Young-Hwan Yeo (Pensyarah Sekolah Pengajian Seni), Dr Mokhatrrudin Haji Ahmad (Pengarah Perhubungan Koprat), Cik Kang Sook Myoung (Pensyarah Pusat Penataran Ilmu & Bahasa), Encik Talib Abdullah Shani ( Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar) dan Encik Mohd Zaidie Adilai ( Penolong Pendaftar Kanan, Sekolah Perubatan). Majlis Menandatangani memorandum persefahaman di antara UMS dan Zero TB World telah diadakan di Hotel Grand Ambassador Seoul, Korea. Pihak delegasi juga telah dibawa melawat ke Korea Food and Drug Administration (KFDA), Korea Institute of Tuberculosis, Seoul Municipal Seobuk Hospital dan Seoul National University Hospital.