|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARCHIVES

THE 4TH POSTGRADUATE COLLOQUIUM, SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS

b coloqium 100413

 

PROGRAM “THE 4TH POSTGRADUATE COLLOQUIUM,

SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS” UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

PENGENALAN

Kolokium merupakan satu ‘platform’ yang bersifat separa formal yang dijalankan secara berkumpulan dalam membincangkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah. Melalui proses kolokium, peserta akan mendapat pengetahuan & kemahiran, jatidiri yang positif, bermotivasi dan membangun potensi diri melalui perbincangan dan maklumbalas.

Pelajar Pascasiswazah secara penyelidikan merupakan aset kepada sesebuah universiti dalam menentukan tahap pendidikan di sesebuah universiti. Bagi mencapai tahap tersebut pelajar pascasiswazah haruslah berkemampuan dalam melaksanakan dan menghasilkan penyelidikan yang berkualiti.

Sehubungan dengan itu peranan kolokium merupakan satu keperluan dalam mewujudkan pengetahuan yang berterusan dalam menghasilkan penyelidikan dan juga memudahkan proses penyiapan penulisan tesis.

 

TUJUAN

Kolokium diadakan agar dapat membuka ruang kepada peserta untuk bertemu dengan rakan-rakan penyelidik, penyelia dan ahli akademik dalam bidang kepakaran tertentu. Melalui program ini juga, peserta akan diberi peluang untuk membentang tahap kemajuan kerja penyelidikan masing-masing dan sekaligus memperolehi cetusan idea baru daripada cadangan dan pendapat daripada rakan penyelidik mahupun daripada ahli akademik yang turut menyertai program ini. Setiap kertas kerja yang terpilih untuk dibentang dalam program ini akan dimasukkan ke dalam prosiding. Peserta dan pembentang akan disajikan dengan pelbagai topik ceramah yang berkaitan dengan proses kerja penyelidikan bagi memberi intipati proses penyelidikan dan penulisan tesis yang teratur mengikut tatacara yang betul.

 


LINK WITH US

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h LinkedIn
 

QUICK LINKS

OTHER LINKS

mygov kpm36 mampu36 sabah.gov