|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

Seminar bencana alam 2019

Layari website: https://bencana2019.weebly.com/

Seminar Bencana Alam 2019 ini merupakan seminar ke-5 dan kesinambungan daripada Seminar Bencana Alam 2017 yang telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Alam dan Fakulti Sains dan Sumber Alam, UMS.  Penganjuran Seminar Bencana Alam 2019  ini adalah selari dengan keperluan untuk memahami, mengetahui dan menyelidik pelbagai aspek dan dimensi isu-isu bencana alam yang sering berlaku di Malaysia.  Di Malaysia khususnya, kejadian seperti tanah runtuh, banjir, hakisan pantai dan sungai, jerebu dan baru-baru ini kejadian gempa bumi di Sabah, telah memberi kesan signifikan kepada masyarakat terutama dalam aspek ekonomi, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan.  Seiring dengan perkembangan ini, Pusat Kajian Bencana Alam (Natural Disaster Research Center, NDRC) akan menganjurkan seminar bencana siri ke-5 pada tahun 2019 yang akan membuka penyertaan yang lebih luas dari segi skop pembentangan, bidang kepakaran mahupun bilangan penyertaan dari pelbagai jabatan dan institusi yang berkaitan di seluruh negara.

 

Tarikh-tarikh Penting

 
Penghantaran Abstrak
Penulisan dalam Bahasa Melayu / Inggeris - Telah di panjangkan ke:
31 Ogos 2019
 

 
Notis Penerimaan Abstrak
dalam masa 3 hari bekerja
 

 
Tarikh Akhir Pendaftaran
Berserta dengan bukti pembayaran
4 September 2019​
 

 
Penghantaran
Kertas Kerja Penuh
Penulisan dalam Bahasa Inggeris Sahaja
30 November 2019​
 

 
Tarikh Kerjalapangan
3 Oktober 2019
 

 
Tarikh Seminar
4 Oktober 2019
 

 
Tarikh Ekskursi
5 Oktober 2019

LINK WITH US

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h LinkedIn
 

QUICK LINKS

OTHER LINKS

mygov kpm36 mampu36 sabah.gov

Friend Links:hpl table tops
best swimming goggles