Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

Malay (Bahasa Malaysia)

Centre for Strategic and Academic Management

27ProfDrMarcusJopony

Director
Prof. Dr. Marcus Jopony
Visit Our Website: http://www.ums.edu.my/ppsa


Director's Message

Selamat Datang ke laman kami di ruang siber!

Dalam Pusat Pengurusan Strategik dan Akademik, kami berusaha ke arah menjadikan Universiti Malaysia Sabah satu institusi pengajian tinggi yang cemerlang dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kami memberi input dan memudah-cara pembentukan graduan yang menyeluruhan dan berkebolehan.

Atas usaha gigih pemimpin dan ahli pasukan yang bertungkus lumus dalam usaha penjaminan kualiti pada peringkat yang lebih awal, perlaksanaan program prasiswazah di Universiti Malaysia Sabah telah diberi pengesahan MS-ISO sejak 2002. Kami di PPA membantu dalam mempastikan perlaksanaan program akademik ini akur dengan piawai MS-ISO9001:2008, dan juga Kod Amalan Jaminan Kualiti Akademik yang digariskan Agensi Kelayakan Malaysia.

Kami mengalu-alukan sumbangan dan sokongan anda dalam usaha ini.

 

 


 

About Us

VISI
Visi Pusat Pengurusan Strategik dan Akademik adalah untuk menjadi nukleus kecemerlangan akademik bagi Universiti Malaysia Sabah.

MISI
Memantapkan kualiti kesarjanaan dan kecemerlangan akademik melalui pembangunan program akademik yang sistematik, pelaksanaan dan penilaian program mengikut keperluan pengajian tinggi tempatan dan global.

MOTTO

"Quality for all, all for Quality"
"Kualiti untuk semua, semua untuk Kualiti"

OBJEKTIF PENUBUHAN PPSA

PPSA ditubuhkan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  • Untuk berfungsi sebagai Think Tank dalam penentuan arah tuju, perancangan, pembangunan, pemantauan dan pelaksanaan hal ehwal akademik UMS.
  • Untuk memastikan pembangunan program akademik dilaksanakan mengikut keperluan dan piawaian Kementerian Pengajian Tinggi serta misi, visi, falsafah dan objektif UMS.
  • Untuk menjamin kualiti pelaksanaan program dan kursus akademik di UMS sekaligus menjamin kedudukan UMS dalam penyetaraan IPTA.
  • Untuk menyelaras penilaian kurikulum bagi program pengajian dan kursus akademik di UMS
  • Untuk memantau dan menjamin pelaksanaan Sistem Kualiti MS ISO 9001 dalam skop Program Pelaksanaan Pengajian Prasiswazah Sepenuh Masa di Kampus Teluk Sepanggar, Universiti Malaysia Sabah.
  • Untuk memastikan pelaksanaan Pelan Strategik universiti dipantau dan seiring dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan memainkan peranan sebagai Institutrion Project Management Office (iPMO) yang menyediakan data, memantau sasaran dan mengemaskini data e-PMO.
  • Untuk memantau pelaksanaan "Key Performance Indicator" UMS dan JPSIU

OBJEKTIF PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN AKADEMIK

  • Menimbulkan kesedaran di kalangan warga UMS mengenai Kerangka Kerlayakan Malaysia (MQF) dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 UMS dan mengekalkan pelaksanaannya di UMS.
  • Menyelaras perancangan, pembangunan, kaji semula dan penilaian program akademik.
  • Menyelaras pelaksanaan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan agensi yang berkaitan.
  • Menyokong pelaksanaan program pembangunan kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan professional berterusan di kalangan kakitangan akademik.
  • Memformula, menyelaras dan menilai pelaksanaan Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Universiti.
  • Menimbulkan kesedaran dan membudayakan kecemerlangan akademik dan kesarjanaan

 


ico-addressTingkat 6, Blok Utara, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah,Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Malaysia

ico-phone+6088-320000 ext 1905 ico-fax +6088-320070

ico-email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

ico-webhttp://www.ums.edu.my/ppsa