Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

Malay (Bahasa Malaysia)

Bursar

32TuanHjRizalOthmancopy

Bursar
Hj. Rizal Othman


Bursar's Message

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah.

Semoga laman web ini dapat menjadi penghubung  antara Jabatan Bendahari dengan mahasiswa dan staf UMS untuk perkhidmatan terbaik kepada warganya.

Laman web ini juga diharap akan menjadi penghubung kepada dunia luar yang meliputi ibu bapa, pembekal/ kontraktor, orang awam, rakan- rakan IPTA/ IPTS dan agensi- agensi kerajaan/ bukan kerajaan yang lain.

Jabatan Bendahari sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web ini. Pengenalan kemudahan ‘Pengemaskinian Akaun Gaji Kakitangan’ diharap akan membolehkan kakitangan UMS membuat pengemaskinian secara maya tanpa perlu datang ke kaunter Jabatan Bendahari.

Mengambil kesempatan ini, diharap agar kakitangan dapat membuat pengemaskinian dengan kadar segera memandangkan pembayaran gaji kakitangan UMS telah dibuat melalui EFT (Electronic Fund Transfer) mulai bulan Oktober 2011.

Untuk kemudahan pengemaskinian bayaran, Jabatan Bendahari telah memperkenalkan kemudahan pengemaskinian ‘Butiran Pembayaran’ bagi setiap urusan bayaran yang dibuat di kaunter selain kaunter Jabatan Bendahari seperti pembayaran di Cash Deposit Machine (CDM) dan kaunter bank. Pengemaskinian secara maya ini akan membolehkan proses kemaskini yang lebih pantas dan sangat berguna untuk mahasiswa dan orang luar yang telah membuat bayaran.

Akhirnya, saya dan seluruh warga Jabatan Bendahari ingin mengucapkan selamat melayari website rasmi Jabatan Bendahari.

 


 

About Us

Objektif

Menawarkan perkhidmatan kewangan kepada semua pelanggan Universiti secara cekap dan berkesan.


Misi

Melaksana dan mengamalkan Sistem Pengurusan Kewangan dengan berintergriti, telus dan bertanggungjawab.

 


Contact Info

ico-addressJABATAN BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, Aras 3, Blok Selatan, Bangunan Canselori, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

ico-phone+6088-320000 ext 1041/1043 ico-fax +6088-320235

ico-email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

ico-webhttp://www.ums.edu.my/bendahari