|  Directory  |  Contact Us  |   Staff   |   Student   |  Visitor  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

Selepas Majlis

1. PEMULANGAN JUBAH AKADEMIK.

Jubah graduan, mortar board dan hood MESTILAH diserahkan kembali di lokasi berikut:  

Tempat

:

 Dewan Kuliah Pusat Ke-2

Tarikh

:

 26, 27 & 28 November 2016, 9.00 pagi hingga 6.00 petang

  

 26 November hingga 2 Disember 2016 - 8.30 pagi hingga 5.00 petang

 

 

 

Tempat pemulangan jubah selepas tarikh di atas:

Tempat

:

 Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik

Tarikh

:

 02 Disember 2016 hingga dipulangkan (Waktu Pejabat sahaja)

Masa

:

 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

  

2.30 petang hingga 4.30 petang

 

2. PENGAMBILAN SKROL & TRANSKRIP PELAJAR.

Graduan boleh mengambil skrol/transkrip ijazah masing-masing sebaik sahaja sesi Konvokesyen selesai tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah : 

  1. Menunjukkan resit bayaran konvokesyen.
  2. Pakaian konvokesyen telah diserahkan kembali dengan lengkap dan menunjukkan slip peminjaman dan pemulangan jubah.
  3. Tiada sebarang bentuk hutang kepada Universiti.

 

3. MENGAMBIL SKROL DAN TRASNKRIP BAGI PIHAK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN DEMI KESELAMATAN SKROL DAN TRANSKRIP. 

  1. Jika perlu dalam keadaan tertentu pengambilan skrol bagi pihak sebaiknya hendaklah ditugaskan kepada saudara mara yang terdekat.
  2. Wakil graduan hendaklah membawa bersama surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon, salinan kad pengenalan dan kad pelajar pemohon.
  3. Menjadi tanggungjawab pemohon sendiri untuk memastikan butir-butir yang dikemukakan  dalam surat kuasa adalah sama seperti dalam kad pengenalan dan kad pelajar. Skrol tidak akan dikeluarkan sekiranya butir-butir yang dikehendaki tidak lengkap.
  4. Seorang wakil hanya boleh mengambil skrol bagi pihak untuk tidak lebih dari dua orang graduan.

 

4. PROSEDUR SEKIRANYA GRADUAN TIDAK HADIR PADA MAJLIS KONVOKESYEN DAN INGIN MENDAPATKAN SKROL IJAZAH & TRANSKRIP.

Hendaklah mengemukakan Permohonan Penghantaran Skrol Ijazah dan Transkrip Akademik melalui POSLAJU kepada alamat berikut:

1.

Penolong Pendaftar

Seksyen Pengurusan Maklumat dan Pengijazahan,

Bahagian Perkhidmatan Akademik,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400 Kota kinabalu, Sabah

Tel: 088-320000 samb. 692117/691255/692115 Faks: 088-320090

Bagi graduan prasiswazah sepenuh masa sahaja

2.

Penolong Pendaftar,

Pusat Pengajian Pascasiswazah,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400 Kota kinabalu, Sabah

Tel: 088-321026  Faks: 088-320233

Bagi graduan pascasiswazah sahaja

3.

Penolong Pendaftar,

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400 Kota kinabalu, Sabah

Tel: 088-320000 samb. 611023/611024

Faks: 088-321372

Bagi graduan perubatan sahaja

4.

Pengarah

Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu,

Universiti Malaysia Sabah,
Aras 1, Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-320000 samb. 8832/8834/8835/8837/8839 

Faks: 088-320084

 

 

Bagi graduan PLUMS sahaja

5.

Penolong Pendaftar

Fakulti Psikologi dan Pendidikan,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-320000 samb. 8011 / 2509

Faks: 088-320101

Bagi graduan PPG & PKPBG sahaja

Sila nyatakan dalam surat anda maklumat berikut:

a) Nama seperti dalam Kad Pengenalan

b) No. Kad Pengenalan

c) No. Pelajar / No. Matrik Pelajar

d) Program

Sila sertakan PosLaju Prepaid Envelope (Poslaju National Courier) berwarna BIRU yang boleh dibeli daripada mana-mana pejabat pos di seluruh Malaysia dengan harga RM15.90

*Sila ambil perhatian bahawa pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, kelewatan, atau penghantaran ke alamat yang salah yang mungkin berlaku semasa penghantaran.

 

5. KESILAPAN MAKLUMAT DI DALAM IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK.

Sebaik sahaja menerima skrol dan transkrip akademik, setiap graduan perlu menyemaknya dengan teliti untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat  di dalam skrol atau transkrip akademik, ianya boleh diganti baharu dengan syarat kesilapan itu adalah berpunca dari Universiti Malaysia Sabah dan dilaporkan secara bertulis dengan segera kepada Seksyen Pengurusan Pengijazahan dan MaklumatBahagian Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Sabah.

 

6. KEHILANGAN SKROL IJAZAH.

Polisi Universiti Malaysia Sabah telah menetapkan bahawa skrol cuma dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak  lagi dikeluarkan untuk menggantikan Skrol yang hilang atau rosak. Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan selamat. Juga dinasihatkan supaya membuat salinan yang mencukupi. Sekiranya skrol hilang dan rosak, pihak kami hanya akan mengeluarkan surat pengesahan penamatan dari program pengajian.

TARIKH

MASA

PERKARA

TEMPAT

 

9.00 pagi – 5.00 petang

Peminjaman pakaian/jubah graduan

Dewan Kuliah Pusat Ke-2

(Berhampiran Bangunan Baru Bahagian Perkhidmatan Akademik)

 

8.30 pagi – 5.00 petang

Bermula 21 November 2016:

Aras Bawah, Dewan Canselor

 

8.30 pagi – 12.00 tengahari

Taklimat dan Raptai Konvokesyen Graduan

Dewan Canselor

 

7.00 pagi

(Sidang Pagi)

1.15 Petang

(Sidang Petang)

Majlis Konvokesyen

(Graduan berkumpul di Laman Graduan Aras 1, Dewan Canselor mengikut sesi dan masa yang telah ditetapkan)

Dewan Canselor

 

9.00 pagi – 6.00 petang

Pemulangan pakaian akademik dan mengambil skrol/transkrip

Dewan Kuliah Pusat Ke-2

 

8.30 pagi – 5.00 petang

 

8.30 pagi hingga 12.30 tengahari

2.30 hingga 4.30 petang

(Waktu Pejabat Sahaja)

Pemulangan pakaian/jubah graduan dan mengambil skrol/transkrip

Kaunter Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik

*FPSK/ PLUMS/ PASCASISWAZAH Pengambilan skrol/transkrip di Pejabat Pentadbiran masing-masing (pemulangan pakaian/jubah di kaunter pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik)

 

Panduan ini boleh dimuaturun di sini: Panduan Am Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke 18 - Selepas Majlis


LINK WITH US

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h LinkedIn
 

QUICK LINKS

OTHER LINKS

mygov kpm36 mampu36 sabah.gov