Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

English (United Kingdom)

Pascasiswazah

Nota: Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web Pusat Pengurusan Pascasiswazah. http://ppps.ums.edu.my

Universiti Malaysia Sabah menyediakan pelbagai program pascasiswazah yang menarik, daripada ijazah sarjana sehinggalah keperingkat kedoktoran, sama ada secara sepenuh atau separuh masa. Program pascasiswazah dibentuk sebagai maklumbalas kepada keperluan graduan yang berorientasikan kerjaya serta bakal majikan. Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS) memainkan peranan yang signifikan dan telah diamanahkan untuk mentadbir hal ehwal berkaitan dengan pengajian pascasiswazah.

Kekuatan UMS terletak dalam menyediakan pengajaran dan penyelidikan yang berkualiti dengan fokus cerapan dan professional yang mantap. Kerjasama daripada warga akademik dan professional adalah asas kepada kejayaan dalam kedua-dua program kerja kursus dan penyelidikan. Kursus-kursus dibangunkan daripada hasil perbincangan dengan majikan dan golongan profesional untuk memastikan kerelevanan program pascasiswazah dengan sektor industri, perdagangan dan awam. Di samping itu, kebanyakan ahli penyelidik di UMS mempunyai rangkaian di peringkat tempatan, wilayah, kebangsaan dan antarabangsa.

Kemudahan-kemudahan di UMS adalah cemerlang. Sebagai institusi pendidikan awam yang termuda di Malaysia, kebanyakan bangunan-bangunan akademik adalah baru serta dibina sesuai untuk tujuan penyelidikan pengajian tinggi. Pusat Pengajian Pascasiswazah menggalakkan siswa-siswi daripada pelbagai latarbelakang menyertai program pascasiswazah di UMS. Anda akan dapati persekitaran pembelajaran yang terdapat di UMS suatu tempat yang menarik bukan sahaja untuk staf tetapi juga untuk pelajar seperti anda.

PPPS berharap anda dapat mengikuti program samada secara kerja kursus atau penyelidikan di universiti ini dan memenuhi cita-cita anda.  Semua pertanyaan adalah dialu-alukan dan sekiranya anda ingin berhubung dengan kami, sila telefon +6088-320000 samb. 62136 atau tulis kepada:

Aras Bawah Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,
88400, Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia.

Tel               : +6088-321 026 (Talian terus)
Faks             : +6088-320 233
Laman web  : http://www.ums.edu.my/pasca 
E-mail           :  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya