|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGUMUMAN DARIPADA:  BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN, JABATAN PENDAFTAR   
              
KEPADA  :  KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
SUBJEK :   IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Prof.,
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti ini dengan mengemukakan:
 
a) Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport; dan
b) Perancangan strategik sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Julai 2017 (Ahad) dan sila kemukakan permohonan kepada PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU, SABAH. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Prof.
 
Kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Lampiran:

IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36