|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Iklan Kekosongan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 
SEMUA STAF AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa staf akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) dengan mengemukakan:
 
a.
Borang permohonan (Lampiran B) yang telah lengkap diisi beserta gambar berukuran passport dan Curriculum Vitae (CV) terkini beserta dokumen sokongan berkaitan; dan
b.
Key Performance Indicator (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa).
 
3.       Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Julai 2017 (Khamis). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36