|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

Muzium dan Galeri

MUZIUM UMS

Muzium UMS

Muzium Universiti Malaysia Sabah dirasmikan pada 25 Oktober 2003 oleh YBhg. Tan Sri Profesor Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, Naib Canselor UMS yang pertama. Muzium ini merupakan sumber inspirasi dan ilham YBhg. Tan Sri Profesor Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman, yang mana dedikasi dan sumbangan beliau yang tidak berbelah bagi telah berjaya memacu Universiti melalui pelbagai tahap pembangunan.Tujuan penubuhan Muzium ini dipaparkan melalui koleksi bahan pameran dan artifak yang penuh dengan nilai sejarah dan simbolisme kepada UMS. Koleksi tersebut adalah cerminan kepada segala usaha, sumbangan bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pelbagai pihak dan individu sejak penubuhan UMS pada 24 November 1994 dalam merealisasikan pembangunan Universiti ini. Muzium UMS turut berfungsi melahirkan semangat jatidiri dan kebanggaan dalam sanubari, bukan sahaja setiap warga kampus tetapi juga rakyat Sabah dan Malaysia, secara keseluruhannya. Ia diwujudkan untuk memberi inspirasi dan menerap nilai-nilai kecemerlangan demi manfaat intelektual, kerohanian dan kendiri generasi masa depan.

HUBUNGI KAMI:

 

ENCIK MOHD HILMEY BIN SAILI

Kurator

Muzium UMS

Bahagian Perhubungan Korporat

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088 – 320000 samb. 1515/1650

Faks : 088 – 320223

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

GALERI AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN 

Panorama Galeri

Galeri Akademik dan Penyelidikan UMS diwujudkan bagi mempamerkan pelbagai hasil penyelidikan dan kecemerlangan akademik yang meliputi bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi dan perniagaan, sastera, seni dan sebagainya. Galeri ini merupakan "showcase" penyelidikan ahli-ahli akademik di fakulti-fakulti dan institut-institut yang terdapat di UMS. Bahan yang dipamerkan meliputi hasil penyelidikan yang sedang dijalankan mahupun penyelidikan yang telah memenangi anugerah dan mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara.

 

HUBUNGI KAMI:

 

ENCIK MOHD HILMEY BIN SAILI

Kurator

Galeri Akademik dan Penyelidikan

Bahagian Perhubungan Korporat

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088 – 320000 samb. 1515/1650

Faks : 088 – 320223

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

 

 

AKUARIUM DAN MUZIUM MARIN

 

Akuarium Muzium Marin

Terletak pada pemandangan di kawasan pinggir laut yang indah, kompleks Akuarium-Muzium-Marin menempatkan hidupan marin yang indah dan berwarna-warni. Ia merupakan salah satu daripada komponen utama di dalam Marine BioValley di UMS khusus untuk menginspirasikan pemuliharaan di laut melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi serta penerokaan.Pembelajaran mengenai hidupan marin adalah lebih interaktif, menarik dan amat bernilai untuk dinikmati apa bila berada di dalam situasi kehidupan yang sebenar. Ini secara tidak langsung, ia menanam rasa hormat terhadap alam persekitaran marin dan menyemai pemahaman mengenai kepentingan persekitaran marin di dalam kehidupan manusia. Susun atur di dalam seksyen akuarium memaparkan ekosistem dengan komuniti kompleks bagi organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain di dalam persekitarannya menjadikan ia sebagai suatu pembelajaran yang unik. Bahan pendidikan seperti ini membantu di dalam membangun pemahaman serta kesedaran kita mengenai interaksi semua benda hidup dengan laut yang menjadi sebahagian daripada kewujudan yang mana juga memerlukan perlindungan.

 

Ruangan atrium mempersembahkan diorama menyelam yang memberi sensasi visual seperti berada di bawah dasar laut. Di kelilingi oleh kepelbagaian biodiversiti marin pada persekitaran gua di dalam laut, bangkai kapal bagaikan memberi gambaran sebuah kisah. Para pelawat akan mengalami suasana yang menarik di seksyen akuarium apabila mereka berpeluan bersemuka dengan hidupan laut dan dihiburkan dengan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut, udang, ikan serta penyu dan lain-lain lagi. Ini secara tidak langsung menghasilkan rasa kagum dan sayang pada hidupan marin. Seksyen muzium menawarkan secara dekat fosil flora dan fauna marin termasuklah rumput laut, karang, penyu serta mamalia marin. Laluan paya bakau (Mangrove Walk) akan mengingatkan para pelawat dengan keperluan untuk memelihara dan memulihara tumbuhan pantai yang luar biasa ini. Sebuah buku berkenaan dengan Marine BioValley yang juga berfungsi sebagai panduan untuk akuarium serta menyediakan maklumat mengenai hidupan marin di Sabah turut dijual di kaunter masuk.

 

Antara fasiliti yang terdapat di AMUMS adalah:

  1. Diorama Menyelam di Pulau Sipadan
  2. Akuarium Marin
  3. Muzium Marin
  4. Bilik Mini Teater
  5. Ruang Ocean Outreach Corner
  6. Laluan Bakau dan Kolam Air Tawar

 

HUBUNGI KAMI:

 

CIK FLORA ANNE ASALIN

Kurator

Akuarium & Muzium Marin

Institut Penyelidikan Marin Borneo

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088 – 320000 samb. 2332

Faks : 088 – 320261

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pautan: http://www.ums.edu.my/ipmb

 

 

 MUZIUM PERUBATAN 

Panorama Galeri

Muzium Perubatan merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Muzium ini di bawah seliaan Fakulti Perubatan dan Sains kesihatan (FPSK) dan telah dirasmikan  pada tanggal 14 April 2010. Diinspirasikan oleh mantan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang pertama, Prof Dr Osman Ali; Muzium ini ditubuhkan bertujuan untuk member pendedahan umum tentang struktur tubuh badan manusia kepada para pelawat.

 

Muzium ini mempamerkan koleksi bahan pameran modal anatomi (specimen dan mannequin) yang terbahagi kepada 10 sistem iaitu:

  • Urinary and Reproductive System
  • Nervous and Endocrine System
  • Blood Lymphatic System
  • Gastrointestinal System
  • Cell Tissue and Metabolism
  • Musculoskeletal System
  • Cardiovascular System
  • Skin
  • Microbiology and Respiratory System.

Antara koleksi bahan pameran yang menarik terdapat di MuziumPerubatan adalah modal anatomi manusia yang telah di awet dengan teknik plantinasi. Bahan pameran seperti ini jarang dipamerkan dan pastinya lawatan ke Muzium Perubatan akan menjadi suatu pengalaman yang amat menarik dan bernilai kepada para pelawat.

Muzium perubatan juga bermatlamat untuk menjadi lambing aspirasi, keazaman dan kecemerlangan UMS dalam bidang perubatan kearah menjadi sebuah universiti yang cemerlang.

 

HUBUNGI KAMI:

 

PUAN FARANIZAH TAUFICK

Kurator

Muzium Perubatan

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088 – 320000 samb. 611531 /611415

Faks : 088 – 321377

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.mail.com

Pautan: http://www.ums.edu.my/fpsk

 

 

 GALERI BORNEENSIS

 Panorama Galeri

Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah memikul tanggungjawab untuk menyerlahkan kemantapan penyelidikan dalam bidang pemuliharaan biodiversiti dan juga keberkesanan dalam Pendidikan Alam Sekitar untuk masyarakat setempat dan antarabangsa yang menjadikan IBTP sebagai pusat rujukan biodiversiti terrestrial dan ekosistem air tawar, khususnya untuk Borneo. Seiring dengan itu, BORNEENSIS yang merupakan koleksi alam semulajadi / natural history collection telah dibentuk dalam tahun 1995 untuk menjadi koleksi rujukan bagi kepelbagaian flora dan fauna di Borneo bagi membantu dan menyokong aktiviti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran tentang kepelbagaian biologi. BORNEENSIS juga merupakan salah satu daripada empat bahagian dalam IBTP.

Galeri BORNEENSIS merupakan satu kemudahan yang terkini di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah disamping empat (4) buah bilik koleksi BORNEENSIS yang menempatkan lebih 100 ribu koleksi rujukan bagi flora dan fauna yang terdapat di Borneo. Galeri yang telah dibangunkan pada awal tahun 2015 ini bertujuan untuk mempamerkan pelbagai aktiviti penyelidikan yang dijalankan di IBTP dalam bidang biologi tropika dan pemuliharaan, penggunaan sumber biologi secara mapan. Empat tujahan yang diberi keutamaan di IBTP ialah (1) Biodiversiti dan Sistematik, (2) Proses-proses ekologi, (3) Pemajuan biodiversiti dan (4) Pelancongan alam semula jadi.

 

HUBUNGI KAMI:

 

PN. PETHERINE JIMBAU

Kurator

Galeri BORNEENSIS

Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088 – 320000 samb. 2409

Faks : 088 – 320291

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36