|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

Kakitangan UMS Perlu Utamakan Kualiti Perkhidmatan: Naib Canselor

RABU, 12 JULAI – Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dituntut untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat sepanjang berkhidmat di universiti.

Naib Canselor UMS, Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin berkata, penjawat awam juga perlu meningkatkan kompetensi diri dan fokus terhadap tanggungjawab mereka.

“Bagi menjadikan kita sentiasa cemerlang, haruslah kita tanamkan dalam akal dan jiwa kita untuk menjadi kakitangan yang sentiasa dinamik, lestari dan berintegriti,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) di Dewan Resital UMS pagi tadi.

Menurut Prof. Dr. D Kamarudin, setiap penjawat awam khususnya warga UMS juga perlu mengamalkan budaya kreatif dan inovasi dalam rutin pekerjaan supaya mutu perkhidmatan menjadi lebih efisien.

Pada majlis itu Prof. Dr. D Kamarudin turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 194 penerima.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Jasa Setia dan Sembilan Anugerah Inovasi serta beberapa anugerah lain termasuk Anugerah Khas Universiti, Anugerah Khas Kepimpinan Universiti dan Penghargaan Khas Naib Canselor.

Hadir sama, Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana AKU, No’man Datuk Haji Ahmad, Pegawai-pegawai Utama dan Mantan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

 


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36