Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

English (United Kingdom)

Unit Remote Sensing & Gis

 

 

Ketua Unit
En. Mustapha Abdul Talip
Layari Laman Web Kami: http://www.ums.edu.my/urgs

 


Mengenai Kami:

Perkembangan pesat penggunaan teknologi remote sensing dan GIS di Malaysia bermula pada dekat 80an terutamanya dalam aspek pemantauan terhadap alam sekitaran. Penggunaan teknologi ini dalam menilai sumber-sumber hutan, mengesan hakisan tanah dan memantau ekologi marin yang telah terbukti dapat membekalkan data yang terkini dan tepat, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja berbanding dengan cara konvensional telah mendorong kerajaan menubuhkan Pusat Remote Sensing Malaysia (MACRES) pada tahun 1988.

Di Sabah, walaupun kerajaan negeri sedar akan keberkesanan dan potensi penggunaan teknologi remote sensing dan GIS untuk memantau kawasan hutannya yang luas, ekosistem marinnya yang semakin terancam dan juga dalam lain-lain bidang tetapi aplikasinya sangat terhad.

Justeru itu, penubuhan sebuah pusat remote sensing dan GIS di Universiti Malaysia Sabah bagi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan adalah berketepatan sekali dengan keperluan dan kehendak kerajaan negeri. Penyelidikan yang dicadangkan adalah dalam pelbagai disiplin terutamanya seperti pengurusan hutan dan pemuliharaan kepelbagaian biodiversiti, pengurusan zon persisiran pantai, pemantauan ekosistem marin, geologi dan lain-lain.

Visi
Pusat ini bertekad menjadi sebuah pusat berteknologi tinggi berteraskan aplikasi remote sensing dan GIS bertaraf antarabangsa

Misi
Pusat ini bertekad untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan pengembangan bagi pelbagai disiplin dalam bidang remote sensing dan GIS di samping sebagai pusat penyediaan sumber data infrastruktur bagi penyelidikan yang berterusan.

 


Hubungi Kami:

ico-addressUnit Remote Sensing, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

ico-phone6088-320000 ext 1753 ico-fax -

ico-email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

ico-webhttp://www.ums.edu.my/urgs