Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

English (United Kingdom)

Pejabat Pendaftar

 

30Mejar(K)DatukAbdullahHjMohdSaid

Pendaftar
Datuk Abdullah Hj. Mohd. Said
Layari Laman Web Kami: http://www.ums.edu.my/pendaftar

 


Sekapur Sirih:

Sebagai nadi pentadbiran UMS, Jabatan Pendaftar sentiasa memastikan program-program yang telah diatur mampu meningkatkan mutu kerja dan kualiti perkhidmatan warga UMS. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi universiti.

Pentadbiran Jabatan Pendaftar dapat dilihat daripada enam bahagian utama yang menjalankan peranan dan fungsi tersendiri meliputi aspek kakitangan dan pelajar universiti. Enam bahagian tersebut ialah Bahagian Pentadbiran dan Governan, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perundangan dan Tatatertib, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Akademik dan Bahagian Keselamatan.

Dalam memastikan keperluan perkhidmatan kakitangan universiti dapat dipenuhi, Jabatan Pendaftar mempunyai kerjasama yang erat dengan setiap JSPIU. Kami mengambil sikap terbuka dan telus dalam menyelesaikan setiap perkara dan cuba menyalurkan maklumat yang diperlukan. Harapan saya, semoga Laman Jabatan Pendaftar ini dapat memenuhi keperluan maklumat semua pihak.

 

 


Mengenai Kami:

Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah merupakan salah satu jabatan yang berfungsi sebagai 'nerve-centre' dalam aspek Pengurusan dan Pentadbiran Universiti.
Fungsi Utama Jabatan Pendaftar terdiri daripada 5 iaitu:

  • Tadbir Urus Universiti
  • Tadbir Urus Sumber Manusia
  • Tadbir Urus Keselamatan Universiti
  • Tadbir Urus Aset Universiti
  • Tadbir Urus Aktiviti Akademik

Matlamat

Usaha-usaha ke arah kecemerlangannya adalah jelas dilihat melalui Misi Jabatan yang digubal seperti berikut:

" Jabatan Pendaftar bertekad mencapai kecemerlangan pentadbiran melalui sumber manusia yang kompeten dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi merealisasikan Visi, Misi dan Objektif Universiti."

Bagi merealisasikan misi tersebut, enam(6) bahagian utama telah diwujudkan di Jabatan Pendaftar iaitu:

  • Bahagian Pentadbiran Dan Governan
  • Bahagian Sumber Manusia.
  • Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Dan Pengurusan Maklumat
  • Bahagian Perundangan Dan Tatatertib
  • Bahagian Perkhidmatan Akademik.
  • Bahagian Keselamatan.

Moto dan Objektif Jabatan

Moto

"BERINFORMASI, BERINTEGRITI, BERKESAN"
Sentiasa berinformasi dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, berintegriti dan berkesan.

Objektif

  1. Memperkasakan tadbir urus Universiti dengan menggunakan kaedah-kaedah pengurusan inovatif.
  2. Melaksanakan pengurusan sumber manusia secara profesional, cekap dan berkesan.
  3. Memastikan pelaburan sumber manusia memberi pulangan yang wajar.
  4. Memastikan keselamatan warga dan harta Universiti berada di tahap optimum.
  5. Meningkatkan tadbir urus akademik Universiti yang sistematik dan berasaskan kemudahan IT.
  6. Memastikan maklumat rujukan utama sentiasa kemaskini dan relevan.

Visi

Ke arah mencapai kecemerlangan tadbir urus Universiti melalui pemMbangunan modal insan seiring dengan visi, misi dan objektif universiti

 


Hubungi Kami:

ico-addressJabatan Pendaftar, ARAS 4, BLOK SELATAN, BANGUNAN CANSELORI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH

ico-phone+6088-320000 ext 1417 ico-fax +6088-320243

ico-email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

ico-webhttp://www.ums.edu.my/pendaftar