Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

English (United Kingdom)

Jabatan Pembangunan & Penyelanggaraan

 

 

Ketua Jabatan
Cik Kamisah Husin
Layari Laman Web Kami: http://www.ums.edu.my/jpp

 


Sekapur Sirih:

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, segala puji-pujian ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya laman web Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Universiti Malaysia Sabah ini dapat terus beroperasi sebagai wadah perkongsian informasi kepada seluruh warganya dan semua pengunjung laman web ini.

Umumnya, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) merupakan jabatan yang bertanggungjawab menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan pembangunan dan penyelenggaraan bagi mendokong merealisasikan misi dan visi UMS.

Diharapkan semoga kandungan maklumat yang terdapat di dalam laman ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan yang berguna kepada semua pihak. Ia juga diharap  dapat memberi impak kepada semua warga JPP untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif daripada semua pelanggan kami bagi memantapkan lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan yang disediakan melalui laman web ini untuk manfaat bersama.

Selamat melayari laman ini.

 


Mengenai Kami:

MISI

Membangun dan menyelenggara prasarana universiti dengan efisien dari segi kos dan masa ke arah persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajian.

VISI

Untuk menjadikan pengurusan fasiliti UMS memenuhi tahap kecemerlangan selaras dengan visi Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Serantau dan Antarabangsa Menjelang 2020.

LATAR BELAKANG

Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah (JPP) bertanggungjawab ke atas keseluruhan pembangunan universiti. Pada bulan Ogos 2001, JPP telah melaksanakan penstrukturan dalaman jabatan untuk memperkemaskan lagi pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembangunan. JPP kini dibahagikan kepada sepuluh sektor iaitu Sektor Pentadbiran, Sektor Operasi Kewangan JPP, Sektor Pengurusan Aset & Kenderaan, Sektor Arkitek, Sektor Mekanikal & Elektrikal, Sektor Kejuruteraan Awam & Struktur, Sektor Kontrak & Ukur Bahan, Sektor Rancangan Pembangunan, Sektor Pengurusan Kawalan Ruang & Tanah dan Sektor Perkhidmatan Landskap & Kawalan Perosak.

OBJEKTIF

  • Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar dan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.
  • Memastikan projek-projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual, sumber dan matlamat yang ditetapkan.
  • Memastikan penyelenggaraan bangunan, infrastruktur serta mekanikal dan elektrikal dirancang, diurus dan dipantau dengan sempurna dan sistematik.
  • Memastikan semua aset direkod dan diselenggara dengan sempurna dan sistematik.
  • Memastikan penyelenggaraan bangunan dan kemudahan asas dilakukan dengan segera dan menggunakan kos yang ekonomi.
  • Memastikan permohonan naiktaraf dan ubahsuai diurus dengan efisien dan dilaksanakan selaras dengan spek kerja, dokumen tender atau sebutharga.
  • Mengurus dan memantau kawasan landskap supaya cantik, indah, harmoni dan selesa.

 


Hubungi Kami

ico-addressJabatan Pembangunan & Penyelenggaraan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

ico-phone+6088-320000 ext 8877 / 8823 ico-fax +6088-320333

ico-email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

ico-webhttp://www.ums.edu.my/jpp