Kenapa UMS?

 

Universiti Malaysia Sabah,  adalah sebuah universiti awam yang ke sembilan ditubuhkan di Malaysia. Matlamat kewujudan UMS  bukan semata-mata menghasilkan sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara, akan tetapi bermatlamat menghasilkan graduan yang berbakat, berkemahiran tinggi dan mengkhusus dalam pelbagai bidang.

Justeru itu, UMS mengutamakan kualiti menyeluruh termasuklah kualti graduan serta  kualiti institusi. UMS  bertekad  untuk mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan, khidmat masyarakat serta mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya. Ia juga  mendukung aspirasi utama yang digariskan  di dalam Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) ,UMS komited merealisasikan transformasi pendidikan bagi menghasilkan golongan belia yang mampu menangani cabaran serta suasana masa depan yang rumit dan sentiasa berubah.

-Gambar Pemandangan Udara Kampus Induk (Atas)

Menara Jam (Kiri bawah) dan Dewan Canselor (Kanan Bawah)

 

* Ahli Akademik
 UMS mempunyai lebih 1200 kakitangan akademik, yang mana 483 orang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf. Tenaga akademik kami sangat beriltizam untuk meneroka ilmu melalui penyelidikan dan pengajaran. Ini terbukti melalui pencapaian-pencapaian yang diiktiraf sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian terbaru ialah pencapaian di British Invention Show 2015, di mana dua ahli akademik UMS menerima Special Platinum Award: International Invention of The Year Award (Industrial) dan  Special Platinum Award: International Innovation of The Year Award (Consumer).

- Di samping itu, ahli-ahli akademik UMS menggiatkan peranan mereka sebagai penyelesai masalah kepada industri dan masyarakat sekitar melalui program pemindahan ilmu. Semenjak tahun 2011, UMS menerima lebih dari RM2.5 juta geran Program Pemindahan Ilmu. Pada tahun 2015 pula, UMS dilantik sebagai Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian (ICoE- Agriculture).  - UMS tidak lagi beroperasi semata-mata sebagai pusat pengajian tinggi, malah ianya telah menjadi rakan kepada pihak industri, kerajaan dan masyarakat untuk penjanaan, pembangunan dan pengkomersialan idea dan inovasi.

                                                                                                                                      

Dewan kuliah                               * Pengajaran dan Pembelajaran

UMS menekankan pendekatan secara holistik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di mana teori dan praktikal adalah diberi penekanan yang sama  bagi memastikan pelajar mendapat ilmu dan kemahiran yang seimbang.Di UMS , pelajar akan diajar menggunakan modul yang direka untuk menyampaikan ilmu berdasarkan prespektif moden serta terkini. Program-program pengajian adalah direkabentuk dengan kerjasama pihak industri yang berkaitan bagi memenuhi keperluan pihak industri.

- Pelajar-pelajar juga akan melalui program sangkutan di industri, amali  berstruktur, program mobiliti  dalam dan luar negara dan peluang perkembangan kerjaya.

- UMS juga menerapkan kemahiran dan pemikiran keusahawanan di dalam kurikulum dan ko-kurikulumnya bagi melahirkan graduan yang mencipta pekerjaan dan bukannya mencari pekerjaan. Usaha-usaha ini meletakkan UMS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang sangat mementingkan kejayaan pelajarnya. UMS telah memenangi anugerah Best Career Development Centre For Public Universities pada tahun 2015.  Anugerah ini disampaikan oleh Talent Corporation ini membuktikan iltizam UMS dalam meningkatkan kebolehpasaran graduannya.

 

http://www.ums.edu.my/v5/images/banners/ban-bm/bannerbm2016/qs_ranking16_bm.png


* Program Pengajian

UMS menawarkan sebanyak 64 program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda yang terdiri daripada program Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Sains Makanan, Pertanian, Perhutanan, Seni, Sains Sosial, Perniagaan, Perakaunan dan Ekonomi.   UMS mempunyai lebih dari 15,000 pelajar prasiswazah dan lebih dari 2700 pelajar pascasiswazah yang mengikuti pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah.

- QS World University Ranking  2015 meletakkan UMS  pada kedudukan 151-200 bagi subjek Pertanian dan Perhutanan . Bagi penilaian yang sama, UMS berada pada  kedudukan  no.36 di peringkat Asia dan tempat kedua di Malaysia.

-UMS juga mendapat penarafan lima bintang di bawah projek MyMOHES  dan mendapat tempat kedua di dalam kumpulan Universiti Komprehensif.

-UMS menduduki tempat keempat di kalangan semua universiti  awam yang menjadi pilihan utama dikalangan lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi.

* Kemudahan Universiti

Kampus UMS merupakan salah satu daripada kampus tercantik di dalam negara, dengan lanskap yang menarik, kehijauan dan struktur bangunan yang mengkagumkan. Semenjak penubuhannya, UMS sentiasa berusaha menyediakan kemudahan moden disamping mengekalkan keadaan semulajadi di sekitarnya.

UMS mempunyai kemudahan bas,  perpustakaan, makmal dan peralatan canggih, makmal multimedia, kemudahan WiFi, pusat sukan, kemudahan pelajar dan asrama.

   - Majlis Konvokesyen ke 17 yang telah diadakan pada tahun 2015.

*Graduan UMS

UMS adalah antara institusi yang menyumbang kepada sumber manusia yang berilmu dan berkemahiran di dalam negara. Sehingga kini, UMS telah menghasilkan lebih 53,000 graduan, juga termasuk 780 orang merupakan pelajar antarabangsa dari negara-negara seperti China, Brunei, Iraq dan Indonesia.

Alumni UMS kini berkhidmat di pelbagai organisasi-organisasi terkenal dan tidak kurang juga yang kini menjadi usahawan yang berjaya.  Peluang pengajian di UMS telah membekalkan mereka dengan kemahiran dan ilmu seperti kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta kemahiran bahasa yang membantu mereka meneroka dunia kerjaya dengan berkeyakinan.  Di samping itu mereka juga dididik agar sentiasa beretika dan berpegang teguh kepada agama.