Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

English (United Kingdom)

login

Unit Media & Teknologi Pendidikan

 

 

Ketua Unit
Puan Noor Hapipah Samat (Pemangku)
Layari Laman Web Kami: http://www.ums.edu.my/umtp

 


Mengenai Kami:

UMTP memastikan semua sektor di bawahnya memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.

UMTP terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu :

i. Bahagian Infrastruktur (BI)

ii. Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

 

BI : Sektor Operasi Sistem:

# Seksyen Sistem Keselamatan
# Seksyen Rangkaian dan Komunikasi


Seksyen ini bertanggungjawab dalam menyediakan dan menyelenggara sistem rangkaian komputer seluruh kampus, selain memastikan keselamatan rangkaian kampus adalah terpelihara. Ini termasuk :

  • Khidmat nasihat teknikal mengenai pengkabelan (LAN/Wireless) yang sedia/baru kepada PTJ yang membuat pengubahsuaian ruang.
  • IP Address,penyediaan spesifikasi teknikal dan pemantauan projek berkaitan untuk keperluan universiti.
BI : Sektor Teknologi:

# Seksyen Komputer dan Perisian
Seksyen ini bertanggungjawab membuat perancangan perolehan dan pengagihan komputer/ pencetak/ pengimbas/ menaiktaraf sistem pengoperasi/ sistem aplikasi dan naiktaraf perkakasan/ sistem aplikasi. Ini termasuk :

  • Bantuan teknikal dalam penyelesaian masalah yang berkaitan dan penyediaan spesifikasi perkakasan komputer dan peralatan sokongan serta sistem aplikasi/ perisian untuk penilaian teknikal.
  • Penyelenggaraan komputer secara berjadual.
  • Menyediakan perkhidmatan peminjaman komputer.
  • Memberi perkhidmatan instalasi perisian dan memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan komputer dan peralatan sokongan hak milik penuh universiti/sewaan oleh universiti.


# Seksyen Teknologi Pendidikan
Bertanggungjawab di dalam perkara-perkara berikut :

  • Bantuan dalam menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) selain mengatur sesi latihan penggunaan peralatan untuk tenaga akademik (bagi yang memerlukan) dan menyediakan spesifikasi / membuat penilaian teknikal ABM.
  • Memberi pinjaman ABM kepada PTJ yang memerlukan.
BPM : Sektor Aplikasi Pentadbiran:

# Seksyen Sistem Maklumat Sumber Manusia dan Eksekutif

Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat untuk kegunaan pihak pengurusan sumber manusia.


# Seksyen Maklumat Kewangan
Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat kewangan bersepadu untuk kegunaan pihak pengurusan kewangan universiti.


#Seksyen Maklumat Perpustakaan
Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat perpustakaan .

# Seksyen Automasi Pejabat
Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem automasi pejabat untuk kegunaan pihak pengurusan PTJ.

# Seksyen Maklumat Fasiliti dan Aset
Seksyen ini bertanggungjawab membangunkan manual kualiti (ISO) dan  sistem pengurusan aset bersepadu untuk kegunaan pihak pengurusan fasiliti dan aset universiti.


Secara keseluruhannya, kesemua seksyen di atas berperanan dalam membantu jabatan-jabatan mewujudkan sistem aplikasi untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran.

Antara perkhidmatan lain yang kami berikan adalah :

  • Memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pengguna dalam penilaian pembangunan sistem aplikasi yang dicadangkan.
  • Membantu pengguna dalam fasa “Business / User requirement study”.
  • Bantuan teknikal kepada pengguna semasa pengujian terhadap sistem yang telah dibangunkan.
  • Berperanan sebagai system admin (juga sebagai “ first line of support”) kepada aplikasi jabatan yang tidak mempunyai kakitangan yang terlatih dalam bidang teknologi maklumat.
  • Membantu pengguna dalam proses naiktaraf sistem aplikasi.
BPM : Sektor Aplikasi Akademik:

Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat pelajar universiti untuk kegunaan Bahagian Perkhidmatan Akademik.


# Seksyen Sistem Pengurusan Maklumat Pembelajaran
Seksyen ini bertanggungjawab membuat perancangan dan memastikan Learning Management System (LMS) yang sedia ada berjalan dengan lancar juga menyelenggara/ menaiktaraf (perisian dan perkakasan) LMS untuk memantapkan lagi fungsi-fungsinya, termasuk :

  • Nasihat teknikal kepada pengguna-pengguna LMS.
  • Menyelaras/koordinasi sesi latihan penggunaan LMS kepada pengguna-pengguna.
  • Membuat penyelidikan terhadap tahap kepuasan pengguna LMS.
  • Membuat penyelidikan terhadap keperluan perkakasan dan fungsi-fungsi LMS.


# Seksyen Multimedia
Seksyen ini bertanggungjawab membangunkan teknologi multimedia (sama ada untuk P&P atau urus tadbir) termasuk penghasilan media video dan multimedia interaktif , termasuk :

  • Mengurus/ menyelenggara laman web universiti.
  • Menyediakan perkhidmatan untuk menghasilkan/ penyediaan peralatan multimedia untuk majlis-majlis rasmi universiti.
  • Memberi latihan kepada webmaster PTJ.
  • Perkhidmatan video, fotografi untuk semua aktiviti rasmi universiti.

 


ico-addressUnit Media & Teknologi Pendidikan (UMTP), Universiti Malaysia Sabah, Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu Sabah Malaysia

ico-phone+6088-320000 ext 3879/3882 ico-fax +6088-320234

ico-email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

ico-webhttp://www.ums.edu.my/umtp