Centre for Industry Relations
| Director Assoc. Prof. Dr. Roszehan Mohd. Idrus Website: http://www.ums.edu.my/phi |
Director's Message
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Pusat Hubungan Industri telah ditubuhkan untuk merapatkan hubungan di antara industri dengan UMS supaya bidang tujahan (niche area) boleh dipasarkan di peringkat kebangsaan dan global.Pusat ini sentiasa mempromosi, meningkatkan dan memperkukuhkan kerjasama dua hala di antara UMS dengan industri dalam usaha membantu melatih mahasiswa/i, dan dalam pemasaran graduan UMS.
Pusat Hubungan Industri berperanan untuk merancang dan mengatur penyertaan pelajar ke program atau aktiviti yang membantu pembangunan diri, sebagai persediaan sebelum menceburi dunia kerjaya.Pusat ini juga mengumpul maklumat dan data berkaitan pembangunan kerjaya sebagai sumber rujukan kepada pelajar dan graduan.
Dengan kepakaran yang ada, pusat ini mampu bertindak sebagai penyelaras untuk membuat Latihan Industri di luar negara. Justeru, sebagai medium perantaraan antara industri dengan UMS, PHI sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian bagi membantu universiti ini mencapai kecemerlangan.
Akhir kata, terima kasih dan selamat melayari laman web UMS. Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama anda bagi mencapai kecemerlangan bersama.”
About Us
PERANAN PHI
PHI memainkan peranan untuk mempertingkatkan dan menyelaras jaringan serta kerjasama UMS dengan industri bagi mengukuhkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta kecemerlangan akademik. Bersama dengan Sekolah-sekolah, Institut-institut dan Pusat-pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence), PHI berperanan untuk menyelaraskan proses penghubung antara industri dengan UMS.
VISI
Untuk menjadi satu pusat yang mantap menempatkan UMS sebagai universiti untuk komuniti, kerajaan, dan industri.
MISI
PHI akan membantu UMS untuk menjadi satu institusi pembelajaran yang cemerlang yang memberi sumbangan kepada komuniti, kerajaan, dan industri melalui kerjasama dan hubungan lestari dengan industri.
OBJEKTIF
- Bertanggungjawab meningkatkan dan mengkordinasikan hubungan baik antara UMS dan pihak industri bagi meningkatkan kualiti pengajaran-pembelajaran, latihan industri, komersialkan produk UMS dan sebagainya;
- Merapatkan hubungan dengan pihak industri bagi tujuan latihan industri pelajar UMS;
- Merapatkan hubungan yang baik antara pihak ahli akademik dengan pihak industri;
- Memberi program kebolehpasaran dan pembangunan dan keusahawanan kepada semua pelajar dari semua aliran;
- Menyelaraskan mobiliti di UMS;
- Menguruskan latihan industri pelajar di UMS
Contact Info
Universiti Malaysia Sabah, Jln UMS, 88400 Kota Kinabalu Sabah Malaysia
+6088-320000 ext 1154
+6088-320126
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it









