Pusat Penyelidikan & Inovasi
| Pengarah Prof. Dr. Felix Tongkul Layari Laman Web Kami: http://www.ums.edu.my/ppi |
Mengenai Kami:
Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) secara rasminya telah ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Nama asalnya ialah Unit Penyelidikan dan Persidangan dan kini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Inovasi.
VISI
PPI bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dalam pengurusan aktiviti penyelidikan, persidangan dan inovasi dengan mengutamakan kepuasan pelanggan berpandukan prosedur dan peraturan kerja yang ditetapkan bagi mencapai wawasan Universiti untuk menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia.
MISI
Bertekad mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, persidangan, penerbitan, khidmat masyarakat dan keseimbangan pengkhususan ilmu serta keperibadian pelajar untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan negara.
OBJEKTIF
Ringkasnya, PPI menetapkan beberapa objektif iaitu:
- Mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan akademik melalui aktiviti penyelidikan, persidangan dan inovasi;
- Mengharumkan nama Universiti melalui penyertaan kakitangan akademik dalam persidangan dan pameran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan
- Mewujudkan jalinan kerjasama melalui penyelidikan dan perkongsian kepakaran akademik sehingga ke peringkat antarabangsa.
PIAGAM PELANGGAN
Penyelidikan
- Memproses permohonan pendahuluan/ tuntutan belanja/ LPO/ lantikan pembantu penyelidik/ permohonan penyelidikan/ permohonan tambahan masa dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima.
Persidangan
- Memproses permohonan menghadiri dan mengadakan persidangan dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima.
Hubungi Kami
Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Aras 5,Blok Utara, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu Sabah
+6088-320000 Sambungan 1328
+6088-320127
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya










