Jabatan Hal Ehwal Pelajar
| Ketua Jabatan En. Mohd. Raffie Hj. Janau Layari Laman Web Kami: http://hepa.ums.edu.my |
Sekapur Sirih
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Di kesempatan ini saya ucapkan selamat datang serta syabas dan tahniah kepada saudara/ri yang telah berjaya mengikut pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada sesi 2012/2013.
Harapan saya agar mahasiswa/i baharu dapat menyesuaikan diri dengan suasana alam kehidupan di kampus. Manfaatkanlah segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di universiti sekaligus menjadi graduan yang berketrampilan tinggi dan mampu bersaing dalam menempuhi era globalisasi yang semakin mencabar.
Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada saudara dan saudari yang telah berjaya melangkah menuju impian bagi mencapai cita-cita memasuki UMS. Kejayaan anda berada di universiti ini merupakan amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Syabas dan tahniah saya ucapkan.
Sesungguhnya pihak UMS amat berbangga dengan kehadiran saudara dan saudari sekalian. Pihak universiti akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti pengajian serta pengurusan universiti bagi memastikan para pelajar terus mendapat ilmu seiring dengan peredaran semasa yang semakin kritikal. Gunakanlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan oleh universiti untuk terus mempertingkatkan pencapaian ke arah masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Mengenai Kami:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) berfungsi sebagai pusat khidmat maklumat dan bimbingan serta memberi perkhidmatan kepada pelajar dalam perkara-perkara yang berkaitan kebajikan, perumahan pelajar, kesihatan, kaunseling, kerjaya, kegiatan berpersatuan, biasiswa dan bantuan kewangan pelajar. Secara umumnya HEP berperanan untuk menyediakan kemudahan prasarana yang kondusif bagi proses pembelajaran dan juga dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengatur dan mengawal program Pembangunan Sahsiah Pelajar. Perkhidmatan yang diberikan adalah bermatlamatkan mewujudkan suasana kehidupan harmonis dan terbela dikalangan pelajar dengan mengamalkan budaya hidup kampus yang berkualiti.
WAWASAN
Bertekad menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan latihan yang berkualiti, cekap, berkesan dan profeisonal serta sesuai dengan keperluan semasa untuk memenuhi kehendak, keputusan dan jangkaan pelanggan
MISI
Bertekad memberi perkhidmatan yang cekap, amanah dan proaktif selaras dengan falsafah dan wawasan Universiti
OBJEKTIF
Memantapkan pembinaan sahsiah pelajar selaras dengan visi dan misi.
Memastikan mutu penyampaian perkhidmatan dan pengendalian Kebajikan pelajar diurus dengan cekap dan berkesan;
Memperkasan jaringan alumni dan hubungan kerjaya
DASAR KUALITI
Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertekad untuk menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan latihan yang memenuhi kepuasan pelanggan dalam proses pembangunan mahasiswa bagi merealisasikan visi dan misi Universiti dengan penambahbaikan berterusan serta memenuhi peraturan berkanun.
OBJEKTIF KUALITI
Memberi maklumbalas mengenai aduan pelanggan dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
Memastikan sekurang-kurangnya lapan puluh (80%) peratus aktiviti kemahasiswaan yang dirancang dalam tahun semasa dapat dilaksanakan;
Memastikan setiap pemimpin badan pelajar berdaftar mendapat latihan kepimpinan asas pada setiap sesi pengajian;
Memastikan keputusan permohonan penginapan pelajar ‘senior’ dikeluarkan dalam tempoh empatbelas (14) hari sebelum cuti akhir semester bermula.
Hubungi Kami:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah.
(+6088) 320000 ext. 4219, 4191
(+6088) 320060
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya









