Pusat Sukan UMS
| Ketua Pusat Mohd. Asyraff Fong Abdullah Layari Laman Web Kami: http://www.ums.edu.my/sukan |
Mengenai Kami:
Pusat Sukan UMS berperanan dalam membantu Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengendalikan semua aktiviti berbentuk sukan dan rekreasi di samping memberi perkhidmatan berkaitan kemudahan, pertandingan dan khidmat nasihat dalam bidang sukan. selain itu, Pusat Sukan juga berperanan membantu melaksanakan dan menjayakan Sukan Teras dan sukan berprestasi tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan sukan Negara.
VISI
Bertekad membangunkan budaya aktif dan cergas di kalangan warga Universiti dan melahirkan atlet yang bertaraf dunia.
MISI
Bertekad menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan latihan yang cemerlang dalam bidang sukan selaras dengan falsafah dan wawasan Universiti.
OBJEKTIF
- Membantu dan menjayakan agenda sukan Negara
- Meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar melalui aktiviti sukan.
- Menggalakkan penglibatan dan pembudayaan sukan di kalangan warga Universiti.
- Menyediakan kemudahan infrastuktur dan prasarana yang mencukupi bagi kemajuan sukan warga Universiti.
- Meningkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran pelajar, pegawai, jurulatih dan pemimpin sukan.
- Membentuk keperibadian kepimpinan melalui penglibatan dalam bidang sukan
PIAGAM PELANGGAN
- Menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat di kalangan warga Universiti melalui kempen 'Gaya Hidup Cergas Warga Kampus Ceria'.
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan untuk pelajar dan kakitangan Universiti.
- Menyediakan dan menyelaras kemudahan dan peralatan sukan bagi keperluan atlet dan warga Universiti.
- Menyelaras program-program latihan sukan bagi penyertaan kontinjen UMS.
- Menganjurkan seminar, klinik dan kursus dalam bidang sukan pada setiap tahun.
Hubungi Kami:
SPORT CENTER, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
+6088 - 320 000 ext: 3158 (General Inquiries)
+6088 - 320 125
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya









