Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

English (United Kingdom)

login

Bahagian Keselamatan

 

ketua-keselamatan

Ketua, Bahagian Keselamatan
Lt. Kol. Abdul Talip Arifin
Layari Laman Web Kami: http://www.ums.edu.my/keselamatan

 


sekapur Sirih

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Bermula pada tahun 2008,  Bahagian Keselamatan telah diberikan kepercayaan penuh untuk menjalankan fungsi dan urusan pentadbiran di sebuah bangunan baru yang berdekatan dengan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.  Ini adalah langkah yang sangat tepat memandangkan penambahan kakitangan dan perluasan fungsi Bahagian Keselamatan, seiring dengan perkembangan pesat Universiti Malaysia Sabah. Kami di Bahagian Keselamatan sesungguhnya, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan semua kakitangan mahupun pelajar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan tanpa rasa bimbang terhadap aspek keselamatan di dalam kampus Universiti Malaysia Sabah.

Adalah penting bagi semua untuk memahami bahawa aspek keselamatan di universiti bukanlah terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Keselamatan sahaja. Sebaliknya, ia merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh semua individu yang bergelar pelajar mahupun kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Para pengunjung juga perlulah mematuhi peraturan universiti sepanjang berada di dalam kawasan kampus.

Sebagai organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan peraturan keselamatan  universiti sentiasa dipatuhi, semua kakitangan Bahagian Keselamatan sentiasa tegas dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Pada masa yang sama, layanan dan komunikasi yang baik kepada semua warga universiti mahupun pelawat adalah menjadi keutamaan kami. Adalah diharapkan agar semua pihak berasa senang dan selesa sepanjang berurusan dengan kakitangan Bahagian Keselamatan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama meningkatkan persefahaman dan seiring dalam usaha mencapai objektif dan matlamat utama Universiti Malaysia Sabah.

 

 


 

Mengenai Kami:

Ketenteraman serta keselamatan warga dan harta dalam organisasi adalah satu tanggungjawab yang amat penting dan utama. Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan satu entiti yang besar, mempunyai nilai harta melebihi RM2 billion dan keluasan kawasan menjangkau 1000 ekar serta warganya seramai 18,000 orang pada ketika ini. Hakikat ini menyebabkan universiti ini terdedah kepada pelbagai ancaman dan cabaran dari segi ketenteraman serta keselamatan. Bahagian Keselamatan telah diberi tanggungjawab melaksanakan dasar-dasar berhubung dengan ketenteraman dan keselamatan tersebut.

VISI
Bahagian Keselamatan sebagai pusat pengurusan keselamatan Universiti yang cekap berteraskan kecemerlangan sumber manusia dan teknologi ke arah pencapaian visi universiti.

MISI
Memberikan perkhidmatan yang Cekap, Mesra dan Berintegriti bagi menjadikan persekitaran kampus yang selamat dari sebarang ancaman dan bahaya.

OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan keselamatan kepada warga dan harta Universiti
Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang universiti secara tepat dan berkesan.
Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
Menguruskan Keselamatan Kesihatan dan Kebombaan Universiti dengan cekap.

 


Hubungi Kami:

ico-addressBahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

ico-phone+088-320000 ext. 5136(Office), 5064(Main Gate) ico-fax 6088-320348

ico-email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

ico-webhttp://www.ums.edu.my/keselamatan