Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

English (United Kingdom)

login

Keselamatan Individu

Kampus UMS dilengkapi dengan sistem pengawalan sekuriti. Pos Pengawalan Sekuriti ini ditempatkan di setiap pintu masuk kawasan kolej kediaman. Setiap pelajar disediakan kad pelajar untuk memudahkan pengawasan kawalan keselamatan dilakukan. Setiap pemilik kenderaan juga dikehendaki mendapatkan pelekat kenderaan khas yang disediakan. Pelajar juga diajar etika dan norma kelakuan yang baik. Selain itu, mereka juga boleh menghubungi pegawai keselamatan yang bertugas sekiranya terdapat sebarang masalah.

UMS adalah tempat yang selamat dan terjamin. Walau bagaimanpun, para pelajar dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang pada masa sekarang. Mengenai keselamatan di tempat kerja, orientasi dan tunjuk ajar biasanya diberikan oleh tenaga pengajar.