default blue black
Increase size
Reset to Default
Decrease size

w3chelpsitemap

Malay (Bahasa Malaysia)

Jabatan Pendaftar Hargai Kakitangan Prestasi Cemerlang

perhimpunan pendaftarKHAMIS, 26 MAC – Dalam memupuk budaya kerja yang cemerlang dalam organisasi, Jabatan Pendaftar UMS memberi penghargaan kepada kakitangan-kakitangannya yang menunjukkan prestasi cemerlang secara bulanan agar mereka menjadi contoh dan bermotivasi untuk menjalankan tugasan harian.

Penghargaan tersebut diberikan pada satu Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar Bil.3/2015 di Galeri Majlis pagi tadi.

Penyampaian sijil kakitangan terbaik bulanan disampaikan oleh Pemangku Pendaftar, No’man Hj. Ahmad kepada beberapa orang kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang bagi bulan Februari 2015.

Salah seorang kakitangan Jabatan Pendaftar, Mohd. Afiz Mabni yang terpilih bagi penghargaan tersebut ketika ditemui media berkata, beliau tidak menduga akan terpilih bagi pengiktirafan tersebut.

“Penghargaan ini akan memotivasikan saya untuk terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik secara berterusan demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan universiti,” katanya.

Kakitangan lain yang turut menerima sijil penghargaan kakitangan cemerlang tersebut antaranya Fauziyah Hj. Jakir dari Bahagian Perkhidmatan Akademik, Mary Rachel Rebeiro dari Bahagian Pentadbiran dan Governan dan Jomin Mositil dari Bahagian Keselamatan.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran Mobile Apps Buletin Pendaftar, Jabatan Pendaftar  oleh Bahagian Pengurusan Maklumat.

Hadir sama pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar Ketua Bahagian Sumber Manusia, Luqman Ridha Anwar dan Ketua Bahagian Keselamatan UMS, Lt. Kolonel Abdul Talib Arifin. -SM-

Foto:  Suzeanywati Gasinin, BPK

Bahagian Media dan Citra