Objektif
Untuk memenuhi misinya, UMS bertekad mencapai 9 objektif iaitu:
- Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik bertaraf antarabangsa dalam program berbilang bidang iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, perniagaan, ekonomi, politik dan sains sosial.
- Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat dan negara.
- Mempertahankan kebebasan akademik dan mengekalkan kerapian intelektual di kalangan komuniti Universiti.
- Mengeluarkan graduan mengkhusus tetapi seimbang, berketrampilan, bertaqwa dan patriotik.
- Mengadakan program-program pengajian dan penyelidikan yang berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara.
- Menjalinkan hubungan kerjasama di antara UMS dengan industri, kerajaan, badan-badan professional dan masyarakat.
- Memupuk dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan murni sejagat serta keterbukaan berfikir dengan penuh tanggungjawab di kalangan para sarjana, pegawai dan tenaga sokongan universiti sambil mencapai hasil kerja yang optimum dan berkualiti tinggi.
- Menyumbangkan kepada pembangunan sosial dan ekonomi yang teguh dan saksama.
- Meningkatkan martabat dan prestij universiti sebagai institusi masyarakat yang unggul, progresif dan terkemuka.









