|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN TEKNOLOGI DARIPADA INDUSTRI/PERUSAHAAN DI SABAH DI BAWAH PROGRAM PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN)

PENGUMUMAN DARIPADA    :           SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI, PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)

SUBJEK           :           JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN TEKNOLOGI DARIPADA INDUSTRI/PERUSAHAAN DI SABAH DI BAWAH  PROGRAM PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN)

Untuk makluman, program PPRN adalah inisiatif inovatif KPM sebagai satu model kerjasama strategik antara industri dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada KPM dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan yang berpacukan permintaan. Melalui program ini, pengetahuan dan kemahiran penyelidik tempatan (ahli akademik dan bukan akademik) daripada institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan disebarkan dan digunapakai untuk membantu pihak industri dalam menyelesaikan pemasalahan teknologi yang mampu untuk menambahbaik atau menambah nilai produk atau proses pengeluaran produk mereka. Hasil daripada kerjasama di antara penyelidik dan industri ini membantu dalam:

  • meningkatkan produktiviti industri
  • mengaplikasikan kepakaran penyelidik melalui penyelidikan berpacukan permintaan (demand driven)
  • mewujudkan knowledge friendly ecosystem di Malaysia melalui kerjasama penyelidikan di antara sektor swasta dan awam.

Dalam pelaksanaan projek PPRN ini, sumbangan pembiayaan KPM  adalah sehingga maksimum RM50,000 sahaja untuk setiap projek.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa lima (5) industri/perusahaan di Sabah telah berjaya disenarai pendek oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai layak untuk menghadiri sesi pemadanan (matching) dengan penyelidik di bawah program Public-Private Research Network (PPRN). Empat (4) daripada pemasalahan tersebut telah dikenalpasti melalui bengkel PPRN yang telah dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (ERDEC), Universiti Malaysia Sabah.

Penyelidik UMS yang berminat perlu mengemukakan cadangan penyelesaian pemasalahan teknologi berserta dokumen-dokumen berikut selewat-lewatnya pada 3 Julai 2019 sebelum pukul 5.00 petang kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.:

  1. Kertas Cadangan Penyelesaian mengikut format PPRN – C2;      ii.            Borang PPRN – C1 (Non-Disclosure Agreement).

Hanya penyelidik yang mengemukakan cadangan penyelesaian sahaja akan dijemput untuk menghadiri bengkel pemadanan (matching) yang akan dihadiri oleh industri/perusahaan  dan penyelidik. Sebarang pertanyaan boleh merujuk pegawai berikut:

-       1) Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman ; Ext. 613803,  email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-       2) Pn. Rozaidah Amir Hussein ; Ext. 613806, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-       3) Cik Masrina binti Maujar ; Ext. 613815, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Dr. /Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai. Terima kasih.

LAMPIRAN:

  1. Senarai pemasalahan bagi lima (5) industri/perusahaan di Sabah
  2. Kertas Cadangan Penyelesaian mengikut format PPRN – C2; dan

 


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36 

Friend Links:hpl table tops
best swimming goggles