Direktori |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

Pelanjutan Tarikh Akhir Permohonan Prototype Research Grant Scheme (Prgs) Fasa 1/2020 Peringkat Ums Dan Format Bukti Carian Paten (Simplified Patent Search Report)

Pengumuman Daripada         : Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (Pppi) 

Subjek:            Pelanjutan Tarikh Akhir Permohonan Prototype Research Grant Scheme (Prgs) Fasa 1/2020 Peringkat Ums Dan Format Bukti Carian Paten (Simplified Patent Search Report)

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan Taklimat Pembukaan Permohonan Bagi Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (DP KPM) Fasa 1/2020 Peringkat UMS pada 20 Januari 2020 adalah berkaitan.

 

  1. Dimaklumkan bahawa, pihak KPM telah mewajibkan beberapa maklumat tambahan beserta dokumen sokongan bagi permohonan PRGS Fasa 1/2020 melalui MyGRANTS seperti berikut:

 

MAKLUMAT TAMBAHAN (MyGRANTS)

SYARAT PRGS

Bukti Carian Paten (Patent Search) perlu dikemukakan bagi setiap permohonan – rujuk format templat carian paten oleh KPM

Wajib

Kolaborasi dengan Industri/ Agensi yang berkaitan bagi melaksanakan projek penyelidikan (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat niat (letter of intent) dan lain-lain dokumen berkaitan)

Wajib

Pengurusan Risiko (Risk Assesment)

Wajib

 

  1. Sehubungan itu, penyelidik adalah dipohon untuk mengambil perhatian ke atas perkara yang berikut bagi penyediaan bukti carian paten:

 

  1. Melaksanakan proses carian paten melalui enjin carian www.lens.org;
  2. Mengisi maklumat hasil carian paten daripada www.lens.org dengan menggunakan format Simplified Patent Search Report sepertimana yang ditetapkan KPM;
  • Mengemukakan bukti carian paten (Simplified Patent Search Report) dengan memuatnaik dokumen ke MyGRANTS.

 

  1. Turut dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran permohonan PRGS Fasa 1/2020 peringkat UMS akan dilanjutkan sehingga 24 Januari 2020 (Jumaat). Penyelidik dinasihatkan untuk meneliti dan memahami Garis Panduan PRGS (Pindaan Tahun 2020) yang telah diedarkan sebelum ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan urus setia PPPI berikut:

 

URUS SETIA (PPPI)

NO. SAMBUNGAN

Seksyen Pengurusan Inovasi

613816/ 613806/ 613803

 

Sekian, terima kasih.

 

Lampiran:


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin  

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36