|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

Perpustakaan

 

 

libs2Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah adalah di antara perpustakaan akademik yang tercantik di negara ini. Perpustakaan utama terletak di kampus Induk Kota kinabalu dan cawangannya terletak di kampus Labuan dan Sandakan. Perpustakaan induk boleh menampung kira-kira 4,000 pengguna dalam satu masa tertentu. Selain perkhidmatan pinjaman biasa dan pinjaman antara perpustakaan , perpustakaan ini juga menyediakan perkhidmatan Kubikal (cubicles) sebanyak 170 buah untuk memudahkan pembelajaran pengguna, perpustakaan, bilik seminar dan bilik muzik. Kemudahan lain yang terdapat di perpustakaan ini ialah auditorium dan bilik tayangan. Tertakluk kepada permohonan, pinjaman antara perpustakaan lazimnya diperolehi melalui pos.

Sehingga penghujung tahun 2003, koleksi bahan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah ialah 136, 683 (monograf dan multimedia), sejumlah 17, 340 bahan terdapat di Kampus Antarabangsa labuan dan 1,131 bahan terdapat di Bilik Bacaan Sandakan. Selain itu, jumlah langganan jurnal bercetak ialah 458 dan sejumlah 70 judul adalah langganan KAL.

Pada masa yang sama, terdapat 26 pangkalan data (Koleksi Digital). Koleksi ini dianggarkan berjumlah 320,389 judul yang merangkumi jurnal, majalah, handbooks dan proceedings. Koleksi ini boleh di akses melalui capaian internet di alamat http://www.ums.edu.my/library. Selain Koleksi Digital, perpustakaan turut melanggan sejumlah 75 tajuk jurnal elektronik.

Perpustakaan UMS turut menyediakan laman internet yang mengandungi lebih kurang 4,000 judul jurnal yang berupa petikan penuh dan abstrak, jurnal ini boleh dicapai di alamat http://www.ums.edu.my/library/Journal.htm

Bahan-bahan di perpustakaan ini dikatalogkan mengikut "Library of Congress Classification Scheme". Semua maklumat tersebut disimpan dalam system perpustakaan yang dikenali sebagai "Virginia Technology Library System" (VTLS). Pengguna boleh memperolehi maklumat bahan yang terdapat di perpustakaan dengan mengakses Katalog Awam Atas Talian/ Online Public Access Catalogue (OPAC). Sistem ini adalah bersifat mesra pengguna; kaedah pencarian adalah menggunakan kata kunci, nama pengarang , judul bahan dan subjek. Penggunaan Boolean juga dibenarkan. Kakitangan perpustakaan yang terlatih sentiasa bersedia membantu pengguna sekiranya menghadapi kesukaran mendapatkan bahan yang dikehendaki.

Perpustakaan UMS turut menyediakan pelbagai koleksi khusus kepada pengguna perpustakaan ini, antaranya Koleksi Penyelidikan, Koleksi Multimedia, Koleksi Kanak-Kanak dan Koleksi ASEANA. Pada Jun 2004, Perpustakaan UMS telah menambah sebuah lagi koleksi yang menghimpunkan pemenang-pemenang Anugerah Nobel Laureate.

 

Koleksi Nobel Laureate dan Koleksi Perdana

libs1Perpustakaan UMS telah menyediakan Koleksi Nobel Laureate mulai Jun 2004 yang pertama di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Koleksi Nobel Laureate ini mengumpulkan hasil karya pemenang Nobel Laureate dalam enam bidang utama iaitu kimia, fizik, ekonomi, fisiologi atau perubatan, kesusasteraan dan keamanan. Di samping itu, ia juga menempatkan maklumat mengenai tokoh-tokoh yang telah mendapat anugerah Nobel Laureate kerana jasa, sumbangan dan penemuan signifikan mereka dalam bidang masing-masing.

Insan di sebalik penganugerahan ini ialah Sir Alfred Nobel. Beliau telah mewasiatkan dan mengamanatkan bahawa anugerah nobel akan diberi kepada mereka yang mencipta atau melaksanakan sesuatu untuk kepentingan manusia sejagat. Koleksi ini juga turut menempatkan hasil karya dan penyelidikan mereka.

Setakat ini, Perpustakaan UMS telah berjaya mengumpul hampir 1,000 judul buku dan 500 artikel. Koleksi ini juga turut mempamerkan hasil karya tokoh-tokoh terbilang diantaranya ialah Sir Harold Kroto (Kimia), Samuel C. C. Ting (Fizik), Paul Greengard (Fisiologi atau Perubatan), Amartya Sen (Ekonomi), Naguib Mahfouz (Kesusasteraan) dan Nelson Mandela (Keamanan).

 
Koleksi Perdana

Manakala, Koleksi Perdana pula merupakan himpunan koleksi berkaitan dengan sejarah dan kecemerlangan pemimpin-pemimpin yang telah menerajui Malaysia dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehinggalah kepada pemimpin Malaysia kini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Kad identiti universiti diperlukan untuk tujuan pemulangan dan peminjaman sumber rujukan perpustakaan secara elektronik

 

libs3 libs4

“Serve with Quality”



IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36