|  Direktori  |  Hubungi Kami  |   Staf   |  Pelajar  |  Pelawat  |

.

 
.

.

English (UK)BahasaMelayuMalaysiaChinese (Simplified)

ARKIB

Kolej E Rai Pelajar dan Staf dalam Majlis Makan Malam

RABU, 08 JUN – Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mengadakan satu Majlis Makan Malam bertemakan “Aloha, Hakuna Matata” anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) kolej berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JAKMAS Kolej E, majlis makan malam tersebut  menampilkan konsep Hawaii yang lebih santai dengan menyaksikan kehadiran 280 pelajar UMS dengan menggayakan pakaian santai selari dengan konsep yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu lagi, makan malam itu antara lain diadakan bagi memberi penghargaan terhadap jasa baik dan khidmat para pelajar dan juga staf yang telah memikul tanggungjawab yang diberikan dengan baik selain sebagai usaha menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama penghuni kolej.

Dalam masa yang sama, penganjurannya juga dilihat langkah yang bertepatan bagi memberi ruang kepada pelajar untuk bersantai dan mengurangkan tekanan terhadap pembelajaran.

Para pelajar dan hadirin disajikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada kelab-kelab mahasiswa, Felo dan JAKMAS kolej itu.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali. -SS


IKUTI KAMI

ums qr150 facebook361 twitter361 utube361 flickr361 h linkedin

CAPAIAN PANTAS

PAUTAN LUAR

mygov kpm36 mampu36